NOTIS

/

Thursday, January 31, 2013

03 FEB 2012 - BAZAR, CABUTAN BERTUAH DAN BENGKEL LUKISAN KARTUN SEMPENA PERASMIAN PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU


Pada 03 hb Februari 2013 (Ahad) ini, Pusat Komuniti Dun Semambu di bawah Penyelarasnya, Sdr Lee Chean Chung yang juga Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota akan dibuka dengan resminya oleh Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu.

Turut diundang di dalam majlis tersebut adalah Setiausaha Agung KEADILAN, YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman dan Ahli Parlimen Kuantan yang juga Naib Presiden KEADILAN, YB Fuziah Salleh.  Beberapa pimpinan PR kawasan juga turut dijemput hadir ke majlis yang akan diadakan.

Sempena dengan Majlis Perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu pada hari tersebut turut diadakan bazar jualan dan kebajikan yang terbuka kepada orang ramai.  Di samping itu juga, satu bengkel melukis kartun akan diadakan dibawah seliaan kartunis kartun terkenal, Sdr Zunar.

Orang ramai juga berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan melukis dan cabutan tiket bertuah.  Majlis bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 02.00 petang.

Jadual terperinci aturcara dan program adalah seperti berikut:

-8:00 AM - Bazar Kebajikan Bermula sehingga jam 02.00 PM.
-9:00 AM - Peserta Pertandingan Mewarna Melaporkan Diri
-9:30 AM - Permulaan Pertandingan Mewarna
-11:00 AM-  Perasmian Pusat Komuniti DUN Semambu oleh YB Tian Chua dan YB Saifuddin.
-12:30 AM-  Kelas Kartun oleh Kartunis Zunar

Untuk Pembelian Kupon, sila hubungi:
Mr Ong 012-9898211 / Mr Lee 019-9396648 / Mr Wong 010-9020925

Untuk Penyertaan Pertandingan Mewarna, sila hubungi:
Peng 017-5380693


Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis berkenaan disamping boleh mendengar ucapan perasmian dari YB Tian Chua dan juga YB Saifuddin Nasution.

Tuesday, January 29, 2013

PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU DIRESMIKAN PADA 03 FEB 2013

Pada 03hb Februari ini, maka Pusat Komuniti Dun Semambu akan dibuka secara resminya.  Pusat ini yang terletak di Jalan Hj Ahmad (hadapan Restoren Tanjung), Kuantan adalah merupakan Pusat Gerakan menyalurkan bantuan dan khidmat kepada seluruh masyarakat di Indera Mahkota, Kuantan khususnya sekitar Dun Semambu.

Sdr Lee Chean Chung, Penyelaras Dun Semambu
Mengikut kata Penyelaras Dun Semambu yang juga Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung upacara perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu akan disempurnakan oleh Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua.  Pada sebelah paginya diadakan Pusat Expo Jualan berbagai barangan sehingga waktu petang.  Sempena hari pelancaran tersebut turut diadakan Bengkel Seni Kartun yang akan dikendalikan oleh Kartunis Zunar mulai jam 11.00 pagi.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan, boleh hubungi No Tel 012-9540498 (Chean Chung) atau 010-9020925 (Wong).

Saturday, January 26, 2013

KM P.PINANG BERSAMA MASYARAKAT DUN SEMAMBU

Sempena dengan kunjungan Timbalan KM P.Pinang, YB Dr mansor ke Kuantan semalam, Cabang KEADILAN Kuantan khususnya di Dun Semambu mengambil kesempatan tersebut untuk membawa TKM tersebut menemui masyarakat dari berbagai kaum dan peringkat.

TKM P.Pinang tersebut diiringi oleh Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota yang juga Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung menemui penduduk setempat disamping mengedar risalah.  Turut bersama adalah Adun Teja, YB Chang Lih Kang yang turut bersama sepanjang kunjungan TKM P.Pinang ke Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.









CERAMAH DI INDERA MAHKOTA - LIVE RADIO KOBAT FM SEKARANG

Malam ini (26/1/13), sedang berlangsung program ceramah di Indera Mahkota 1, Kuantan.  Sila ikuti live di Radio Kobat FM sekarang.  Klik di sini -->> http://kobatfm.blogspot.com   

Tuesday, January 22, 2013

CERAMAH PERDANA DI INDERA MAHKOTA PADA 26 JANUARI INI


KEADILAN Cabang Indera Mahkota menjemput orang ramai untuk hadir di dalam Program Ceramah Perdana bertempat di Markas KEADILAN Indera Mahkota 1 (hadapan Restoren Rahmat), Kuantan pada 26 Januari 2013 (Sabtu) mulai jam 09.00 malam.

Penceramah yang akan dijemput pada malam itu adalah:

YB Dato' Dr Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri P.Pinang)
YB Azan bin Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)
YB Chang Lih Kang (Adun Teja)
Sdr Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota)

Mohon hebahkan dan datanglah beramai-ramai.

Monday, January 21, 2013

MENGAPA RAKYAT TOLAK UTUSAN?

Apabila mahkamah memberikan kemenangan kepada DS Anwar Ibrahim di dalam kes saman beliau terhadap akhbar Utusan seperti yang dilaporkan di SINI http://www.malaysiakini.com/news/219526 , maka jelas kepada kita bahawa sememangnya terdapat akhbar yang sanggup merosakkan minda rakyat demi untuk menjaga hati pemimpin-pemimpin politik.

Akhbar sepatutnya menjadikan rakyat negara ini berilmu dan bermaklumat serta mempunyai nilai atau tamaddun yang tinggi, bukannya untuk memperbodohkan rakyat.  Pengamal media sepatutnya sedar bahawa zaman telah berubah, rakyat terutamanya jenerasi muda sudah mempunyai media alternatif buat mereka khususnya media internet yang terlalu banyak untuk mereka mendapatkan berita yang tepat dan benar.  Strategi untuk meracuni pemikiran rakyat dengan berita fitnah hanya kerana untuk memuaskan nafsu beberapa pimpinan politik adalah satu strategi yang silap pada era sekarang.  Media yang masih mengamalkan cara kolot seperti ini akhirnya akan menjadi media atau komik kartun selaku penglibur lara dan menjadi bahan ketawa rakyat.

Justeru itu, akhbar yang ketinggalan seperti ini jangan persalahkan orang lain jika akhbar mereka dijadikan sebagai kertas atau tisu ditandas sahaja kerana berita yang mereka siarkan itu setaraf dengan kebusukan dan kejelekan di dalam tandas.

Rakyat yang bertamaddun dan berilmu tidak selera untuk menatap media murahan seperti ini walaupun diberi percuma.  Maka tidak pelik akhbar Utusan pernah ditolak oleh sebuah sekolah Cina di Kuantan ini kerana pihak sekolah tidak mahu anak-anak murid mereka menjadi jumud dan bodoh apabila menjadikan akhbar ini sebagai pemberi maklumat kepada mereka.

Friday, January 18, 2013

KEADAAN JALAN YANG MERBAHAYA DI INDERA MAHKOTA

Beberapa kawasan di Indera Mahkota, khususnya di Lorong 1/33 seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa.  Kunjungan Tim dari Pusat Khidmat Dun Semambu diketuai oleh Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang juga berperanan sebagai Penyelaras Dun Semambu memperlihatkan aduan rakyat di sekitar kawasan perumahan tersebut tidak diendahkan.

Mendengar aduan penduduk
Penutup lubang perparitan yang telah rosak membahayakan orang ramai
Difahamkan masyarakat di kawasan berkenaan telah pun membuat aduan kepada pimpinan MCA di kawasan tersebut, malangnya tiada tindakan susulan selepas itu sehinggakan Pihak Berkuasa seolah-olah melepaskan tangan bagi mengatasi beberapa masalah di kawasan tersebut.

Di antara beberapa masalah yang telah dikenalpasti adalah masalah jalan yang teruk, berlubang-lubang, penutup longkang yang rosak dan merbahaya, saluran parit tersumbat dan berbagai-bagai lagi aduan telah diterima oleh Tim yang mengadakan lawatan.

Sdr Lee Chean Chung akhirnya mengambil tindakan susulan dengan membawa permasalahan tersebut ke pihak berkenaan.  Adalah diharapkan Pihak Berkuasa akan dapat bertindak segera sebelum berlaku apa-apa kemalangan di kawasan berkenaan.

Wednesday, January 16, 2013

PERASMIAN PEJABAT BARU PUSAT KHIDMAT DUN SEMAMBU PADA 03 FEB 13, DAPATKAN TEMPAHAN BAZAR SEGERA

Pusat Khidmat Dun Semambu, di dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota, Kuantan kini telah bertukar ke Jalan Hj Ahmad, Kuantan, berhadapan dengan Restoren Sekilau iaitu sebuah restoren yang popular dengan program-program oleh Pakatan Rakyat.

Sdr Lee Chean Chung, Penyelaras Dun Semambu/Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota
Pejabat baru ini kelihatan lebih megah dan mudah dilihat sejajar dengan semangat baru rakyat di kawasan Semambu khususnya untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang.  Sudah tentunya perpindahan pejabat Dun Khidmat Semambu ini adalah di atas inisiatif Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung yang juga Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota beserta para penyokongnya.

Sdr Lee Chean Chung ditemubual oleh wartawan
Pada 15 hb Januari yang lalu, satu sidang media telah diadakan di pejabat baru ini untuk mengumumkan perpindahan pejabat tersebut.  Di samping itu juga, turut diumumkan adalah Perasmian Pejabat Pusat Khidmat Dun Semambu akan diadakan pada 03 Feb 20013 nanti.  Pada tarikh tersebut akan dibuka Bazar Perniagaan di kawasan pejabat baru berkenaan mulai jam 09.00 pagi sehingga jam 03.00 petang.

Kepada sesiapa yang ingin membuka gerai perniagaan atau ingin meletakkan barang perniagaan mereka untuk diniagakan oleh staf Pusat Khidmat Dun Semambu, anda boleh menghubungi Sdr Wong di talian 0109020925 atau Sdr Lee Chean Chung di no 0129540498 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Di antara yang hadir sewaktu sidang media bergambar di dalam pejabat baru Pusat Khidmat Dun Semambu
Mudah-mudahan dengan adanya pejabat baru yang lebih besar dan selesa ini, gerak kerja Pusat Khidmat Dun Semambu yang selama ini begitu aktif mendampingi masyarakat akan dapat dipertingkatkan.

Monday, January 14, 2013

Deklarasi HKR #KL112

   
 
Deklari Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.
 

Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut:

Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas;

Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka;

Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan Semenanjung Malaysia;

Keempat: Kami menuntut 20% daripada hasil royalti minyak dikembalikan kepada negeri yang menjadi pengeluar petroleum;

Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;

Keenam: Kami menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan;

Ketujuh: Kami menuntut agar bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa ibunda kembali dijulang dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia;

Kelapan: Kami menuntut pembebasan semua tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan;

Kesembilan: Kami menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan; dan

Kesepuluh: Kami menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia

Dengan ini, kami yang berhimpun di sini, pada petang ini, sesungguhnya berikrar dan bersetia untuk meneruskan perjuangan sehingga kesemua tuntutan-tuntutan kami didengar dan dipenuhi.

Sunday, January 13, 2013

Umpan beras tapi Himpunan bersama Najib gagal saingi HKR

KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Program disertai Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menyaingi Himpunan Kebangkitan Rakyat, terbukti gagal walaupun menawarkan pelbagai umpan dan dibantu media arus perdana.


 
 
Barisan Nasional terpaksa menggunakan beras dan barangan keperluan harian untuk mengumpan penduduk hadir ke Majlis Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih, semalam.

Laman web, blog dan facebook pro-BN sendiri menyiarkan gambar pengunjung diangkut dengan bas ke tapak himpunan dan diupah dengan beras dan tepung.

Malah, ada yang pengsan kerana berebut habuan yang diagih dari dua treler dalam program anjuran parti komponen BN, Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF).

 
 
Kehadiran warganegara asing yang memakai baju berlogo BN dan 1Malaysia dikesan dalam pelbagai media sosial dalam program berkenaan.

Laman web klpos.com yang pro-Umno melapor hanya 40,000 hadir program itu manakala manakala Berita Harian Online melapor 15,000 orang.

Sementara itu, Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya mahu mengumpulkan puluhan ribu rakyat di Pekan, Pahang semalam tidak dibuktikan di mana-mana media arus perdana.

 
 
Sehingga kini langsung tiada laporan di mana-mana media arus perdana secara terbuka mengenai jumlah kehadiran sekali gus memberi gambaran acara itu tidak mendapat sambutan rakyat.

Bernama – sebuah agensi berita nasional hanya melapor pertemuan Muhyiddin dengan semua pengerusi parti komponen dan 70 ketua bahagian Umno BN Pahang dan langsung tidak menyebut jumlah kehadiran.

Kebanyakan media terutama akhbar Cina melapor kehadiran 500,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat manakala Pensyarah Matematik Tulen dan Falsafah Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Alinor Abd Kadir menyatakan, jumlah kehadiran ialah 700,000 orang./SK

Wednesday, January 9, 2013

WARGA KUANTAN DAN INDERA MAHKOTA, TOLAK LYNAS DAN KITA BERHIMPUN 12 JAN INI



Rakyat Pahang khususnya diminta untuk turun beramai-ramai ke Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 (Sabtu) ini untuk bersama-sama rakyat seluruh negara menunjukkan perpaduan kita bagi menentang segala bentuk kezaliman rejim Bn sekarang ini.

Tuntutan 8 perkara yang terkandung di dalam tuntutan BERSIH nampaknya dipandang sepi oleh SPR kerana SPR berada di bawah telunjuk Sang Penguasa.  Isu Lynas berterusan mencengkam perasaan rakyat di dalam masa yang sama pemimpin Bn berterusan melakukan pembaziran, penyelewengan, rasuah dan sebagainya.  Rakyat terus dihimpit kesusahan meskipun cuba disuap setiap kali rakyat 'lapar'.  Amalan 'menyuap' ke mulut setiap rakyat adalah amalan kerajaan yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk mempertahankan kuasa.

Kini, terpulanglah kepada rakyat samada sangup diberi makan seperti memberi makan ayam daging di dalam reban.  Cukup tempoh, ayam ini akan disembelih untuk mereka makan.  Marilah kita menuju perubahan.  Bermula di Stadium Merdeka cahaya perubahan akan dimulakan oleh sejuta rakyat yang berani.

Ayuh, warga Kuantan dan Indera Mahkota adalah warga yang berilmu dan berani.  Kita turun ke KL Sabtu ini jika kita benci dan jijik dengan Lynas.

Sunday, January 6, 2013

TIADA LAGI BANJIR NAMUN BANTUAN TERUS DIBERIKAN

Misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan dan Indera Mahkota masih diteruskan walaupun keadaan di kedua-dua kawasan ini semakin baik.  

Kelmarin, Penyelaras Dun Semambu Sdr Lee Chean Chung bersama skuad KEADILAN Indera Mahkota terus berkunjung dari rumah ke rumah bagi mencari mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Semambu yang teruk dilanda banjir baru-baru ini.

Rata-rata penduduk tempatan menyantuni rombongan dari KEADILAN ini, meskipun ada berlaku di mana seorang Ketua Kampong tidak bertindak bijak dan terlalu emosi cuba menghalang Skuad Bantuan ini dari terus menyampaikan bantuan.  Namun, tindakan tidak bermoral Ketua Kampong berkenaan tidak melemahkan semangat rombongan yang tiba untuk terus memberikan khidmat kepada rakyat.

Di samping mendengar rintihan penduduk yang mengalami kesukaran selepas dilanda banjir, Sdr Lee Chean Chung juga sempat mendengar aduan penduduk tentang masalah air yang berlarutan di sekitar kawasan ini.

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sewaktu kunjungan Skuad KEADILAN menemui mangsa-mangsa banjir kelmarin.

Ada yang bertindak emosi cuba menghalang Skuad Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir
Berkunjung dari satu rumah ke satu rumah mangsa banjir
Tanpa mengira kaum dan agama, bahkan kepartian, bantuan terus diberikan kepada mangsa-mangsa banjir


Friday, January 4, 2013

Sisa radioaktif dan penjajah sebenar


 
 
Entah sejak bila, ugutan bahawa “tragedi 13 Mei 1969 mungkin berulang seandainya Melayu hilang kuasa” telah menjadi jenaka. Hampir semua yang celik politik menahan gelak kerana tahu rahsia telur siapakah di hujung tanduk lembu kali ini. Adegan 709 (BERSIH 2.0) yang menyaksikan bagaimana orang Melayu membentengkan diri, dan kemudian meminta orang Cina melarikan diri dahulu sebelum FRU tiba – membuka lembaran baru dalam sejarah.

13 Mei hanya menunggu masa untuk diumumkan sebagai Hari Perpaduan Kaum satu hari nanti apabila terkuburnya UMNO-Barisan Nasional. Namun saya tertarik juga dengan perkataan “pelarian” yang digunakan Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapannya selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada 28 November. ”Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian di bumi sendiri.”

Menarik kerana saya pernah membaca catatan seorang peserta perhimpunan Bersih 3.0, yang menyifatkan diri sebagai “pelarian di bumi sendiri”, ketika mengisahkan pengalamannya dikejar FRU dengan bedilan gas pemedih mata. Kebetulan juga saya ternampak satu gambar dalam Facebook, yang amat menyentuh hati. Gambar gabungan itu merakamkan beberapa peserta Green Walk dari Kuantan ke Kuala Lumpur, yang bermalam di ‘Dataran Tak Merdeka’.

Berkatilkan jalan tar

Mereka tidur berkatilkan jalan tar dan berbumbungkan langit. Peserta dengan kaki yang hampir “hangus” dijemur dan bergeser atas jalan raya sejauh 300 km, budak dengan wajah yang keletihan – kesemua mereka berbaring di luar sekatan jalan dengan papan tanda yang tersergam, yang bertulis, “Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti”.

Dataran Merdeka ditutup untuk puluhan rakyat yang sanggup berjalan kaki 300 kilometer bagi mempertahankan tanahair mereka daripada kemasukan Lynas, kilang pemprosesan nadir bumi yang bakal menghasilkan sisa buangan beradioaktif. Faktanya jelas, hanya 350-400 pekerja yang akan diupah untuk kilang Lynas di Kuantan. Sesebuah hypermarket seperti TESCO misalnya, mampu menawarkan 375 peluang pekerjaan.


 
 
Lebih menarik, Lynas menikmati insentif pengecualian cukai korporat selama 12 tahun. Stamp duty untuk pembelian tanah di Gebeng turut dikecualikan. Malah, Lynas memperolehi dana yang tidak melebihi RM1.2 juta untuk tiga tahun, sebagai tabung latihan pekerja Malaysia. Wong Tack tetap tajam biarpun mengeluh, “Malaysia bukan negara yang miskin sangat. Negara kita dilimpahi sumber alam semulajadi yang lumayan, tiada yang kebuluran. Apa perlunya kita menjadikan negara ini tong sampah kepada racun yang mengancam alam sekitar?”

Tong sampah radioaktif

Tidak masuk akal seandainya sesebuah negara pengeluar petroleum yang kaya perlu menjadikan tanahairnya sebagai tong sampah sisa radioaktif semata-mata untuk menarik “pelaburan asing”. Pelaburan ini langsung tidak meningkatkan kemahiran buruh, mahupun teknologi. Yang ditinggalkan hanya sisa beradioaktif yang mengancam kesihatan lebih 500 ribu populasi manusia di sekitar Gebeng.

Apakah kita perlu mengisahkan panjang lebar tentang bahayanya nadir bumi? Tatkala rombongan Wong Tack masih dalam perjalanannya ke parlimen, 100 kontena nadir bumi telah tiba di pelabuhan Kuantan, diiringi polis ketika dihantar ke kilang Lynas. Warga internet tertanya-tanya, polis akan menangkap pengedar dadah kerana dadah beracun; tetapi mengapa melindungi pula nadir bumi yang bakal diproses dan meninggalkan sisa beracun?

Malah, aktivis sosial Wong Chin Huat mempertikaikan, persoalannya bukan sama ada kilang Lynas lebih selamat berbanding Asian Rare Earth Plant di Bukit Merah pada tahun 1980-an, atau kilang pemprosesan nadir bumi di China, tetapi apakah kilang Lynas cukup selamat untuk dibina di Australia? Mengapa bukan di Australia?

Jikalau jawapannya ya, mengapa pula Lynas sanggup mencari tapak kilangnya di Kuantan dan bukan di Australia? Apa perlunya Lynas mengharungi perjalanan darat (landasan keretapi dan jalan raya) sejauh 1,000 kilometer dan jarak laut sejauh 4,000 kilometer setiap minggu, untuk menghantar bijih lombongnya ke Malaysia – selama 20 tahun berturut-turut?

 
 
Jikalau jawapannya tidak, apakah Lynas cukup selamat untuk Malaysia, atau apakah nilai nyawa di bumi ini lebih rendah berbanding Australia? Malaysia memiliki stadium yang runtuh, lebuh raya yang retak tanpa gempa bumi; bumbung parlimen dan mahkamah yang bocor meskipun baru siap dibina.

Apakah kita benar yakin bahawa sisa radioaktif yang diukur isipadunya dengan ratusan unit kolam renang, tidak akan terbocor untuk mencemarkan tanahair ini? Kita menolak penjajahan pada abab ke-20 kerana sumber bahan mentah, tenaga kerja tempatan diperas untuk keuntungan penjajah asing. Namun penjajahan boleh berlaku dengan pendekatan berbeza pada alaf ke-21 ini.

“Negara maju” memunggah bahan mentah untuk diproses di luar sempadannya, kemudian menggunakan hasil pemprosesan untuk meningkatkan kecanggihan teknologi di negaranya. Segala sisa yang terhasil dicampak ke negara lain, dengan hanya menyogok kerajaannya atas nama “You help me, I help you”.

Akhirnya rakyat tempatan dikejar bagai pelarian apabila bangkit memprotes. Rakyat yang berjalan kaki sebagai protes tidur berselerak di luar sempadan Dataran Merdeka meskipun sudah 55 tahun merdeka. Siapakah agen penjajah yang sebenar? Telur di hujung tanduk pecah bila jawapannya diketahui./KD

Wednesday, January 2, 2013

KAUM CINA JUGA BENCI JUDI DAN TOLAK LYNAS, INI BUKAN ISU PERKAUMAN - CHEAN CHUNG

Program Ceramah Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Indera Mahkota 15, malam tadi (01 Jan 2013) menampakkan satu permulaan yang baik memandangkan kawasan tersebut belum pernah lagi diadakan program ceramah.

Selain dari penceramah jemputan yang terdiri daripada Dato' Seri Abd Rahman Maidin (Bekas Pengerusi Persatuan Perniagaan Melayu Semenanjung), Pengerusi KEADILAN Pahang sendiri iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman, Cikgu Normala Sudirman (AJK Muslimat PAS Pusat) dan artis Dayangku Intan, tokoh muda iaitu Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota/Penyelaras Dun Semambu iaitu Sdr Lee Chean Chung juga turut menghangatkan suasana.

Kaum Cina juga benci judi, ugama kami juga haramkan judi - Chean Chung
Bagi memberikan laluan kepada penceramah jemputan yang hadir dari jauh, Sdr Lee Chean Chung tidak mengambil masa yang panjang untuk berceramah malam tadi.  Namun, sepanjang ucapan beliau penuh dengan isi dan semangat yang berkobar-kobar di mana isu mesin judi internet dan isu Lynas menjadi topik hangat beliau.

Pengerusi KEADILAN Pahang - Dato Fauzi Abd Rahman
Dato' Seri Abd Rahman Maidin
 "Kaum Cina juga menolak judi kerana judi juga diharamkan oleh agama kami, mungkin kaum Cina dari MCA atau gerakan sahaja yang suka kepada aktiviti perjudian ini," kata Lee Cean Chung penuh semangat sambil diberi tepukan gemuruh oleh orang ramai yang hadir.  "Judi merosakkan minda anak-anak dan cucu cicit kita, maka kami mencabar pihak berkuasa agar lebih tegas dan berani mengatasi gejala ini,". tambah beliau lagi.

Cikgu Normala dan Dayangku Intan menarik perhatian yang hadir
Sdr Lee Chean Chung juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes dan himpunan besar-besaran di kalangan rakyat yang menentang kegiatan judi haram ini.  Beliau mahu semua kaum dan agama berganding bahu untuk turun bersama menunjukkan bantahan ke atas aktiviti judi yang semakin berleluasa sekarang apabila tiba waktunya perhimpunan atau protes diadakan.

Kehadiran yang boleh dibanggakan.  Khemah penuh dan ramai yang berada di atas bukit dan tepi jalan
Jelas sekali, kaum Cina juga amat membenci judi dan isu judi juga sama seperti isu Lynas iaitu ianya bukanlah isu perkauman sempit.