NOTIS

/

Friday, March 29, 2013

BERMULA PETANG DAN MALAM INI (30/3/13) ANWAR DI KUANTAN, INDERA MAHKOTA DAN PAYA BESAR

Aturcara kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini adalah seperti berikut:

30 Mac 2013 (Sabtu)

05.30 Ptg - Sepetang bersama Dato' Seri Anwar di Green Rock Cafe, Sg Isap 2, Kuantan

07.00 Mlm - Solat Maghrib/Tazkirah di Surau Pak Man Teh, Cherating.

09.00 Mlm - Ceramah di Markas PAS Balok Makmur.

11.00 Mlm - Ceramah di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Gambang, Kuantan.

Ceramah di Balok Makmur, para penceramah yang turut serta adalah:
Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN Pahang

Laksamana (B) Hj Emran bin Abd Hamid - Bekas Pegawai Kanan TLDM

Sdr Andansura Rabu - NYDP PAS Indera Mahkota

Di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan:

Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN Pahang

YB Leong Ngah Ngah - Pengerusi DAP Pahang

Cik Murnie Hidayah Anwar - Salah seorang Peguam di dalam kes Scorpene.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai dan mohon hebahkan melalui Face Book, SMS kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Monday, March 25, 2013

PROGRAM ANWAR DI BALOK PADA 28 MAC INI DI TANGGUHKAN

Dukacita dimaklumkan, program Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 28 Mac 2013 (Khamis) ini bertempat di Markas PAS Balok Makmur telah ditunda kepada 30 Mac 2013 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh Ketua Umum KEADILAN itu sendiri.

Sehubungan itu, sebarang perubahan selepas ini akan kami maklumkan melalui FaceBook atau Blog ini.  Maaf, kesulitan amat dikesali.

KHAS UNTUK WARGA TENTERA/POLIS - CERAMAH DI BALOK MAKMUR PADA 28 MAC (KHAMIS) INI

Peluang untuk warga tentera, khususnya warga TLDM sekitar kawasan Balok Makmur yang bertugas di Pengkalan TLDM termasuk juga pasukan Polis Hutan, pesara-pesara tentera/keselamatan kerana pada 28hb Mac 2013 (Khamis) ini, mulai jam 09.00 malam bertempat di Markas PAS Balok Makmur akan dikunjungi oleh dua tokoh hebat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Laksamana (B) Haji Imran, bekas Pegawai Kanan TLDM.


Isu keselamatan dan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam ATM bakal dapat kita kongsikan bersama apabila kedua-dua tokoh ini tampil berpidato pada malam tersebut.  Benarkah wang simpanan tentera (LTAT) telah disalahgunakan untuk pemimpin Umno?  Benarkah pembelian peralatan senjata memberikan kekayaan kepada kroni melalui komisyen yang tinggi?  Apa yang terjadi sebenarnya di Lahad Datu sekarang?

Itu semua bakal kita ketahui pada malam tersebut.  Sehubungan itu, orang ramai terutamanya warga tentera/Polis diseru untuk hadir beramai-ramai di Markas PAS Balok Makmur pada tarikh yang dinyatakan.


Sunday, March 24, 2013

KURSUS PACABA MENGHADAPI PRU KE 13

Pada 24 Mac 2013, satu kursus PACABA telah diadakan di Markas PAS Kg Padang, Indera Mahkota, Kuantan yang dihadiri oleh semua petugas parti.


Ini merupakan satu kursus yang penting bagi menghadapi PRU ke 13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang.  Kerjasama di dalam Pakatan Rakyat khususnya di kawasan Indera Mahkota dan Kuantan kini berada di tahap yang terbaik.  

Menyedari bahawa Umno/Bn tidak akan berdiam diri, maka Pakatan Rakyat kini telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi mereka.  Masa untuk memikirkan masalah-masalah remeh tidak ada lagi kerana kini adalah masa untuk fokus menghadapi PRU.  Pakatan Rakyat serius untuk merampas beberapa kerusi Dun di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota di samping bekerja kuat untuk mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen yang kini milik kita.

Thursday, March 21, 2013

KRISIS AIR DI KUANTAN/INDERA MAHKOTA - JAWATANKUASA DIBENTUK

Perhimpunan Aman akibat krisis air
Baru-baru ini para penduduk sekitar Indera Mahkota dan Kuantan telah mengadakan perhimpunan aman di Bukit Pelindung bagi menyuarakan rasa kecewa di atas kegagalan pihak berkuasa mengatasi masalah air di sekitar kawasan ini. Berita berkaitan perhimpunan aman tersebut telah kami siarkan di SINI.

Prihatin -  Jawatankuasa Pemantau dibentuk
Para penduduk di sekitar kawasan ini merasa amat kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak prihatin dengan permasalahan ini walaupun beberapa kali aduan telah dibuat oleh penduduk.  Sehubungan itu, satu Jawatankuasa telah dibentuk bagi memantau perkara ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Pemantauan Hal Ehwal Air Kuantan yang diketuai oleh Mdm Cheah dan Sdr Syed Ali Alhabshee.

Sebarang aduan atau permasalahan berhubung isu ini, anda boleh menghubungi Jawatankuasa ini di No tel Hotline: 010-9189148 atau Email:  kuantanair@gmail.com

Monday, March 18, 2013

KRISIS AIR DI KUANTAN, PENDUDUK HILANG SABAR

Tahukah anda, kawasan Kuantan iaitu Ibu Negeri bagi Negeri Pahang iaitu negeri kelahiran PM, Najib Razak rupa-rupanya lebih teruk dari beberapa negeri lain di dalam isu bekalan air?  Jika kita menonton TV3 dan laporan akhbar Utusan, sudah semestinya kita tidak akan tahu bahawa masalah bekalan air di Kuantan khususnya dan di Pahang, amnya masih gagal ditangani oleh Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn.

Sebelum ini, kita diberitahu bahawa di Parlimen Pekan sendiri kerap mengalami masalah bekalan air.  Bahkan, di penempatan warga tentera iaitu di Kem Batu 10, Kuantan sendiri pun dilaporkan di dalam seminggu mesti ada bekalan air terputus.  Begitulah teruknya pengurusan air di Pahang ini.  Kini, masalah tersebut berterusan di Bandar Kuantan.


Pada 15 Mac baru-baru ini, akibat tidak lagi mampu menahan sabar dengan karenah pihak pengurusan bekalan air, penduduk-penduduk sekitar Bukit Pelindung, Kuantan turun berhimpun secara aman.  Perhimpunan ini bukan kerana motif politik kerana kepentingan sumber air tidak mengira fahaman mana-mana parti politik.  Sehubungan itu, di atas inisiatif Penyelaras Dun Semambu dan Parlimen Indera Mahkota juga Kuantan, maka diadakan perhimpunan secara aman tersebut.

Mungkin perhimpunan seperti ini dianggap remeh oleh pihak Kerajaan Negeri, tetapi bagi rakyat ianya menunjukkan kegagalan Kerajaan Negeri Pahang di dalam menyelesaikan masalah asas penduduk-penduduk di Kuantan.  Jika Kilang Lynas di Gebeng beroperasi tanpa masalah air, mengapa para penduduk di sini pula mahu dibebankan? 

Saturday, March 16, 2013

TENAGA BEKAS ANGGOTA KESELAMATAN DIPERLUKAN UNTUK SUKARELAWAN DI INDERA MAHKOTA

Parti KEADILAN Cabang Indera Mahkota kini sedang mengumpulkan beberapa petugas khas dari kalangan bekas-bekas pasukan keselamatan tentera dan Polis untuk bersama jentera Pilihanraya Indera Mahkota bagi memantau perjalanan dan proses pengundian secara pos (Undi Pos) menjelang PRU ke 13 nanti.

Sehubungan itu, kepada bekas-bekas tentera/Polis yang sukarela mahu berkhidmat membantu jentera Pilihanraya KEADILAN di Indera Mahkota boleh berhubung dengan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota/Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung di alamat Pejabat Komuniti Dun Semambu, Jalan Haji Ahmad (Berhadapan Restoren Tanjung), Bukit Sekilau, Kuantan. 

Mereka juga boleh menghubungi Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS di No Tel 013-9410309 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Thursday, March 14, 2013

KEMPEN SEMAKIN MENCABAR DI INDERA MAHKOTA, SEMANGAT SEMAKIN TINGGI

Meskipun menghadapi berbagai dugaan dan cabaran di dalam usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat, namun ianya tidak sedikitpun melemahkan semangat petugas-petugas dari jentera kempen Dun Semambu, Indera Mahkota di bawah Sdr Lee Chean Chung.

Cermin kereta petugas dipecahkan sewaktu kempen dijalankan
Setiap hari jentera yang bersemangat waja ini terus bergerak dari rumah ke rumah dengan berbagai ragam manusia yang dapat dilihat.  Meskipun terdapat beberapa orang yang ditemui seakan-akan memperlekehkan maklumat dan risalah yang dibawa, tetapi secara umumnya sambutan rakyat berbilang kaum di kawasan Indera Mahkota terhadap PR amat membanggakan.  Inilah yang menjadikan semangat para petugas semakin tinggi.

Menyediakan Pusat Semakan Mengundi di Pasar Pagi
Dugaan seperti kejadian memecah kereta petugas seperti yang berlaku di Kg Jawa tidak mematahkan semangat anak-anak buah Sdr Lee Chean Chung.  Tugas mereka bukan sahaja sekadar mengedar risalah dari rumah ke rumah, bahkan mereka juga mewujudkan pusat menyemak daftar mengundi di Pasar Pagi untuk kemudahan orang ramai mengetahui status mereka mengundi.

Bermula dengan topi BN, tetapi terus bertukar ke topi KEADILAN dan berjanji akan undi PR di dalam PRU nanti
Para petugas telah diberi amanah agar sentiasa bersabar menghadapi ragam masyarakat yang semestinya mempunyai pandangan dan kepercayaan politik yang berbeza-beza.  Petugas-petugas diperingatkan agar sentiasa menjaga akhlak dan moral masing-masing apabila menyantuni setiap orang yang ditemui.  Setiap penerangan mestilah jelas dan mudah difahami berdasarkan fakta-fakta yang kukuh di samping bersedia untuk menjawab segala hujah atau pertanyaan dari mereka yang ditemui.

Monday, March 11, 2013

LAPORAN POLIS TERHADAP POLITIK JAHAT UMNO DI KUANTAN



Pagi semalam (11/3/13), KEADILAN Kuantan dan Indera Mahkota beserta SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) Pahang telah membuat laporan polis di IPD Kuantan berkenaan isu Patung Tian Chua digantung di Jalan Mahkota depan Wisma UMNO Pahang. 
 
Laporan Polis tersebut adalah sebagai tanda bahawa KEADILAN menolak samasekali budaya politik kotor dan peribadi serta perkauman yang amat merbahaya jika dibiarkan berleluasa.  Bayangkan jika tindak balas dilakukan dengan kita menggantung patung Najib atau Rosmah?  Apakah ini satu cara perlawanan politik yang bertamaddun?
 
Pimpinan yang hadir sewaktu membuat laporan Polis adalah terdiri dari Sdr Siew (Naib Pengerusi KEADILAN Pahang), Sdr Kamarzaman (Pen SU KEADILAN Pahang), Sdr Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota), Sdr Bung Hatta (Penyelaras SAMM Pahang) dan beberapa aktivis yang lain.
 

Friday, March 8, 2013

SEKITAR PROGRAM BERTEMU RAKYAT DI INDERA MAHKOTA

Sempat beramah mesra dengan pekerja awam yang membersihkan kawasan

Meskipun kawasan Parlimen Indera Mahkota adalah merupakan kawasan bandar dan terdapat banyak penempatan golongan elit, namun di kawasan ini terdapat juga golongan yang sederhana dan masih banyak memerlukan perhatian dari kerajaan.

Selaku Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota dan diamanahkan sebagai Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung merasa bertanggungjawab untuk menentukan permasalahan masyarakat berbilang kaum di kawasan ini terbela.  Sebagaimana kita ketahui, kerusi Parlimen Indera Mahkota sekarang dimiliki oleh YB Azan Ismail dari KEADILAN, dan beliau telah diamanahkan untuk menjadi Pengerusi KEADILAN Terenganu.  Namun itu bukan menjadi alasan untuk KEADILAN membiarkan masyarakat di Indera Mahkota khususnya terbiar tanpa pembelaan.  Maka, KEADILAN Indera Mahkota telah membentuk jentera semenjak awal lagi agar khidmat kepada masyarakat di kawasan ini terus dijalankan.


Di antara jentera yang sentiasa bergerak membantu Sdr Lee Chean Chung


Menyambut Hari Ulang Tahun Adik Fatin di Bukit Sekilau
Mengunjungi setiap rumah di Bukit Setongkol

Thursday, March 7, 2013

GANDINGAN TOKOH LAMA DAN ANAK MUDA DI INDERA MAHKOTA PASTI GOYANGKAN UMNO/BN

Sumber:  Mandor.blogspot

Heboh disebut bahawa calon PR di kawasan Dun Semambu, salah satu Dun di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan adalah seorang anak muda yang aktif di dalam gerakan Kumpulan Hijau menentang Lynas, Sdr Lee Chean Chung.  Berita ini hampir tepat jika dilihat sekarang ini beliau semakin aktif di dalam gerak kerja parti apatahlagi beliau adalah Pemangku Cabang Keadilan Indera Mahkota dan juga Penyelaras Dun Semambu.
Jentera Dun Semambu di bawah Lee Chean Chung telah mula bergerak
Apa yang pasti, kerusi Dun Semambu tidak menjadi rebutan samada dari PAS mahu pun DAP.  Ini kerusi terbaik untuk Keadilan menangi selain dari kerusi Dun Teruntum, seperti juga PAS berpeluang besar di Dun Beserah dan Tanjung Lumpur.  Maka, tepat sekali Sdr Lee Chean Chung berhadapan dengan calon samada dari MCA mahupun Umno.  Di Dun Semambu, Umno mungkin cuba untuk merampasnya dari MCA atas alasan kononnya untuk meraih undi kaum Melayu sekiranya sudah pasti Sdr Lee Chean Chung bertanding mewakili PR.  Namun, adakah MCA begitu mudah untuk menyerahkan kerusi yang kini disandangnya?
Anak muda dan aktivis yang disukai semua kaum di Semambu
Secara umumnya, Parlimen Indera Mahkota boleh dikatakan hampir pasti dikekalkan oleh PR.  Calon Parlimen Indera Mahkota sudah semestinya adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Keadilan Pahang.  Beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar di kawasan tersebut khususnya di kawasan Beserah dan Semambu.  Dikatakan juga tidak kurang yang mahukan Dato' Fauzi bertanding di Dun Tanjung Lumpur tetapi lebih baik dan berpeluang cerah jika beliau terus mencuba di kerusi Parlimen Indera Mahkota.
Gandingan tenaga muda, Sdr Lee Chean Chung dan tokoh penuh berpengalaman yang juga bekas tokoh Umno Pahang itu pastinya menyumbang sesuatu yang menggembirakan buat PR di Pahang ini.  Nampaknya jika ada cubaan calon Bebas berbangsa Melayu untuk memecahkan undi Melayu di kedua-dua kerusi ini termasuk di Dun Teruntum pasti akan kecundang dan tidak mustahil bakal kehilangan deposit.  
Kali ini rakyat hanya fikirkan untuk menolak Umno/Bn dan menabalkan PR ke Putrajaya, bukan lagi isu perkauman apatahlagi calon Bebas yang bakal muncul nanti dilihat ingin mengambil kesempatan untuk menguji ketaatan para penyokong PR terhadap Pakatan.

Tuesday, March 5, 2013

GAMBAR NAJIB DI BAKAR


Protes di Manila, bakar gambar Najib

Aktivis Filipina mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.

 
 
Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.

Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug".
 
 
 
 
Manakala lainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante - memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".

Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes.

Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut./MK

Saturday, March 2, 2013

CHEAN CHUNG JADIKAN BUKU SYEIKH YUSOFF QARDHAWI SEBAGAI RUJUKAN

Malam tadi (02/3/13), bertempat di Bukit Sekilau, Indera Mahkota, Kuantan telah diadakan satu program ceramah yang menampilkan dua tokoh muda, Sdr Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard selaku Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dan seorang lagi adalah Penyelaras Dun Semambu yang juga Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung.

Pertembungan kedua-dua tokoh muda ini berjaya menggamit kehadiran tidak kurang dari 500 orang penduduk sekitar Indera Mahkota dari berbagai kaum untuk hadir. Selain dari kedua tokoh muda ini, program malam tadi juga menampilkan tokoh lama di Indera Mahkota yang juga bekas Timbalan Menteri dan bekas MP/Adun Umno, Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Us Sulaiman Md Derus mewakili PAS dan juga Penyelaras Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) iaitu Sdr Wan Fauzuldin.

Sdr Lee Chean Chung menjadikan buku Syeikh Yusoff Qardhawi sebagai rujukan ucapan beliau malam tadi
Apa yang menariknya, ucapan dari Sdr Lee Chean Chung yang banyak merujuk kepada Buku Karangan Ulamak Tersohor iaitu Syeikh Yusoff AlQardhawi bagi menerangkan perjuangan anak muda yang berjihad menenyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim atau mungkar.

Kefasihan berbahasa Melayu yang dimiliki oleh anak muda ini sentiasa menarik minat orang ramai, justeru itu tidak menghairankan apabila Sdr Lee Chean Chung kini semakin dikenali dan sering dijemput berceramah bukan sahaja di dalam negeri Pahang bahkan di luar negeri Pahang.  Aktivis yang terkenal dengan penentangannya terhadap projek Lynas kini adalah tokoh muda yang diharapkan dapat mengubah suasana politik khususnya di sekitar bandar Kuantan dan Indera Mahkota.

Chegu Bard menghangatkan suasana dengan berbagai isu terkini
Di dalam ucapannya sekitar 30 minit, beliau banyak menyebut tentang soal ketidak adilan rejim Umno/Bn di samping berbagai isu rasuah dan penyelewengan.  Beliau turut menyentuh tentang betapa pentingnya rakyat khususnya golongan muda bangkit untuk melakukan perubahan sejajar dengan amanah yang dicatatkan oleh Ulamak Islam, Syeikh Yusoff Qardhawi di dalam buku yang menjadi panduan sepanjang ucapan beliau.

Di antara yang hadir
Penampilan seorang lagi tokoh muda, Chegu Bard sememangnya dinanti-nantikan orang ramai.  Isu berkaitan putar belit media, skandal beberapa Menteri dan paling panas apabila beliau menyentuh tragedi yang berlaku di Lahad Datu semalam.  Kelemahan PM, Najib Tun Razak mengakibatkan tragedi di Lahad Datu terpaksa mengorbankan nyawa di kedua-dua belah pihak.  Pertikaian di antara kumpulan "Sultan Sulu' dengan kerajaan kita seharusnya dirunding secara bijaksana tanpa berlakunya pencerobohan, namun ianya gagal ditangani oleh kepimpinan Najib.  Rakyat harus tolak kepimpinan yang lemah dan gagal menentukan keselamatan negara, ujarnya.


There was an error in this gadget