NOTIS

/

Thursday, May 30, 2013

"GELORA PASCA 505 - FORUM DI PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU, KUANTAN MALAM INI


Golongan muda adalah penentu kepada perubahan di negara ini.  Sehubungan itu, semua parti politik di negara ini berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan anak-anak muda bagi menjadikan parti mereka terus kuat dan releven di dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.

Apa anak muda mahu?  Soalan ini sudah tentu lebih positif dipersoalkan daripada bertanyakan soalan "Apa Cina Mahu?".  Zaman ini zaman orang tidak lagi bercakap apa bangsa dan agama kamu.  Semua sudah berani bercakap soal ketelusan, korupsi, keadilan dan sebagainya tidak mengira apa jua status kamu.

Malam ini satu forum akan diadakan berkaitan dengan isu ini khususnya selepas kita menghadapi PRU 13 baru-baru ini.  "Gelora Pasca 505" merupakan tajuk forum malam ini yang akan diadakan di Pusat Komuniti Dun Semambu, Kuantan.

Ahli-ahli Panel yang diundang adalah sepertimana yang dinyatakan pada poster di atas.  Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.

Wednesday, May 29, 2013

PENIPUAN DAKWAT KEKAL, LAPOR POLIS SEGERA (FORMAT LAPORAN)

Lapor penipuan PRU 13, serah salinan ke ibu pejabat KEADILAN

KUALA LUMPUR 29 MEI: Rakyat Malaysia diseru membuat laporan polis berhubung penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan menyerahkan salinannya ke ibu pejabat KEADILAN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Ayuh ajak rakan-rakan dan ahli keluarga yang masih belum buat laporan. Masih ada masa. Laporan polis ini akan memperkuatkan lagi petisyen pilihanraya di mahkamah nanti,” katanya dalam laman facebook.
 

“Mereka silap. Usah dinafikan suara majoriti. Ribuan salinan laporan polis telah kami diterima. Rakyat tampil ke hadapan dengan berani menolak penipuan PRU13,” tambah Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau turut menyiarkan format laporan polis dilaman Facebook untuk dirujuk dan menggalakkan orang ramai supaya menghantar salinannya ke siasatpru13@gmail.com atau faks ke talian 03-78850531.

Orang ramai juga boleh menghantar salinan laporan mereka melalui pos ke Ibu Pejabat KEADILAN di alamat A-1-9 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Format laporan adalah seperti berikut:

Saya [NAMA PENUH], No Kad Pengenalan, [NO KAD PENGENALAN] telah mengundi pada PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi [NAMA DAERAH MENGUNDI], Parlimen [NAMA PARLIMEN] pada jam [JAM PAGI/PETANG]. Saya dapati dakwat itu tanggal sepenuhnya dari jari saya dalam tempoh 5 hari selepas dakwat itu dicalit.

Saya membuat lapoan ini untuk menyatakan dakwat itu tidak kekal. Ini bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang menyatakan dakwat itu kekal seperti peruntukan Undang-Undang Pilihanraya.

Ini adalah satu penipuan yang jelas oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sekian, terima kasih.

Rafizi yang mengetuai pasukan ‘Siasat PRU13′ kini dalam proses mengumpul bukti penipuan pilhan raya umum ke-13 di seluruh negara dan akan memfailkan petisyen pada 10 Jun, dua hari sebelum berakhirnya tempoh bantahan.
 
 

Antaranya jumlah undi dalam peti undi melebihi kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan bekalan elektrik terputus di Pusat Kiraan Undi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah.

KEADILAN akan memfailkan petisyen minggu depan bagi mencabar keputusan PRU-13 di 29 kerusi Parlimen berhubung kepincangan yang berlaku dalam proses pengundian.

“SPR sehingga kini masih gagal menjawab isu blackout. Sewajarnya tampil mohon maaf, akui kesilapan dan adakan siasatan menyeluruh. Mohon kawan-kawan bantu sebarkan penipuan PRU-13 dan pembohongan mereka,” kata Rafizi./SK

Thursday, May 23, 2013

AYUH TURUN HIMPUNAN RAKYAT PADA 25 MEI INI DENGAN TERTIB DAN AMAN

Selamat berkonvensyen buat semua perwakilan KEADILAN bermula pada 24hb Mei (AMK/Wanita) dan 25hb Mei buat kesemua perwakilan seluruh negara.  Kemuncaknya sudah pasti adalah "Himpunan Rakyat Black Out 505" yang bakal diadakan di Armcop Mall, PJ pada 25hb Mei sebelah petang.



Sudah terdapat beberapa tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa, namun difahamkan pihak Penganjur terdiri dari lebih 50 NGO bersetuju untuk meneruskan himpunan aman tersebut.  Sukacita kita mahu ingatkan pihak berkuasa, cukup-cukuplah melakukan tindakan yang pincang dan menjejaskan nama baik negara dalam aspek demokrasi dan hak-hak bersuara.

Isu penipuan di dalam PRU 13 masih gagal ditangani dengan meyakinkan, jangan pula ditambah bebanan dengan merosakkan nama baik Malaysia dari segi hak bersuara yang diiktiraf oleh badan dunia.  Rakyat Malaysia sudah bertamaddun dan mereka tidak akan berfikir untuk merosakkan negara tercinta ini.  

Kepada seluruh warga Malaysia, tidak kira apa jua kaum dan agama, ayuh kita turun beramai-ramai sebagai tanda solidariti kita menuntut keadilan.

Monday, May 20, 2013

ADUN SEMAMBU, YB LEE CHEAN CHUNG TURUN 'FLASHMOP" BEBASKAN ADAM ADLI

Adun Semambu, YB Lee Chean Chung malam tadi (20/5/13) meluangkan masa untuk memberikan sokongan moral kepada Solidariti anak-anak muda Kuantan yang telah turun di dalam Program "Flashmop" Bebaskan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan kerana kononnya menghasut rakyat turun ke jalanraya.

Wakil KOBAT, WFauzdin turut berucap

YB Lee Chean Chung, Adun Semambu memberikan ucapan ringkas

Program malam tadi telah diadakan di Taman Kerang, Kuantan yang mana rata-rata yang hadir adalah anak-anak muda dari berbilang kaum.  Mereka menyalakan lilin tanda dukacita, sedih dan marah dengan kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Adam Adli.  Kita tahu ramai lagi tokoh-tokoh NGO, pimpinan politik dari pihak sana yang sering memainkan isu-isu sensitif dan perkauman, bahkan media milik Umno juga turut sama menghangatkan isu-isu sensitif ini, namun mereka tidak dikenakan sebarang tindakan seperti yang telah terjadi kepada Adam Adli.



Sewajarnya anak-anak muda bangkit untuk menegakkan keadilan.  YB Lee Chean Chung juga turut diberi kesempatan untuk berucap.  "Saya tampil di sini bukan sebagai YB, tetapi sebagai anak muda yang bersama dengan tuan-tuan untuk memperjuangkan keadilan dan menghapuskan kezaliman di bumi Malaysia ini", ujar beliau.

Wakil anak muda, adik Zamri Zanal berucap

Beliau mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda yang berani bangkit menyatakan hak mereka.  Pakatan Rakyat sentiasa berdiri bersama anak-anak muda seperti ini.

Friday, May 17, 2013

ADUN SEMAMBU TERUS BEKERJA WALAUPUN ADA PIHAK YANG INGIN AMBIL KESEMPATAN

Lebih kurang dua minggu, Sdr Lee Chean Chung bergelar Yang Berhormat Adun Semambu (masih belum mengangkat Sumpah), beliau tidak pernah berhenti berehat dari melakukan tugas-tugas membantu masyarakat sepertimana sewaktu beliau berkempen sebelum PRU 13 baru-baru ini.

Setiap hari, ada sahaja tugas yang beliau lakukan di luar pejabat kerana komitmen beliau adalah untuk menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh para pengundi yang telah memilih beliau sebagai Wakil Rakyat di Semambu.  Justeru itu, beliau tidak mempunyai masa untuk berehat jauh sekali untuk bercuti atau 'bermulan madu' meraikan kemenangan cemerlang yang beliau perolehi baru-baru ini.

Meninjau kawasan perkampungan semambu, pokok2 yg dicantas di Lrg Semambu Baru 23 tdk dibersihkan. "Saya akan laporkan kpd pihak berkuasa" - YB Chean Chung

Tidak dapat dinafikan kadangkala aduan yang diterima dari beberapa orang adalah masalah yang remeh namun beliau tidak pernah menghampakan aduan orang ramai.  Sewajarnya orang ramai tidak mengambil kesempatan di atas kerajinan YB Lee Chean Chung, mereka sepatutnya tahu di peringkat manakah masalah yang boleh diadukan kepada Adun mereka.  Amat tidak baik sekiranya mereka ingin 'menekan' atau 'menguji' keikhlasan Wakil Rakyat mereka dengan mengemukakan masalah yang remeh yang sepatutnya mereka sendiri mempunyai keupayaan untuk mengatasinya.

Terdapat juga beberapa orang khususnya di kalangan ahli-ahli Umno/Bn yang sengaja mahu menguji Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat ini untuk mereka mencari kelemahan beliau.  Sikap begini amat tidak baik sekali kerana sepatutnya mereka beruntung memiliki Wakil Rakyat yang tidak memilih bulu untuk membantu masyarakat.

Tuesday, May 14, 2013

VIDEO - "BLACK OUT 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" DI DATARAN RAKYAT, PEJ PKR PAHANG MALAM TADI

"BACK OUT 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" - TUKAR LOKASI KE PEJ PKR NEGERI, BESERAH


Lokasi Asal di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jln Gambang, KUANTAN telah ditukarkan ke DATARAN RAKYAT, IBU PEJABAT PKR NEGERI, JALAN BESERAH (DEPAN POLIKLINIK KOMUNITI) BESERAH, KUANTAN.  Pertukaran lokasi dibuat setelah perbincangan dibuat dengan pihak berkuasa.  MOHON SEBARKAN DAN SHARE SEBANYAK MUNGKIN!!  Kesulitan amat dikesali.

Monday, May 13, 2013

MALAM INI 'BLACK OUT 505" DI TAMAN MAHKOTA AMAN, BATU 11, HADIR BERAMAI-RAMAI

Kepada seluruh rakyat Pahang, khususnya masyarakat di sekitar Dun Semambu dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Program "BLACK OUT 505 - SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" yang akan diadakan di Dataran Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan pada malam ini (Selasa-14/5/13) mulai jam 08.30 malam.



Program malam ini akan menampilkan Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.  DS Anwar akan mendedahkan beberapa perkara yang menyentuh isu berkaitan penipuan pilihanraya yang mana sehingga kini Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU 13 yang lalu sehingga SPR mampu menjelaskan beberapa perkara.

Orang ramai diminta untuk berpakaian HITAM pada malam ini sebagai tanda dukacita di atas kerosakan sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini.

Mohon hebahkan kepada rakan-rakan anda.

Friday, May 10, 2013

AMANAT ULUNG ADUN SEMAMBU MALAM INI - YB LEE CHEAN CHUNG


Amanat ulung, Adun Semambu yang baru, YB Lee Chean Chung dari KEADILAN akan boleh kita ikuti pada malam ini (Sabtu) bertempat di Markas PAS Putra Balok mulai jam 09.00 malam.

Di samping beliau, turut serta memberikan ceramah pada malam ini adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, YB Andansura Rabu (PAS) mewakili Dun Beserah dan YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar (PAS) mewakili Dun Tanjung Lumpur.  Turut bersama pada malam ini adalah Ketua Penerangan PAS Pahang, Tuan Haji Suhaimi Saad.


Sehubungan itu, Pakatan Rakyat menjemput anda semua untuk beramai-ramai hadir ke program pada malam ini dengan berpakaian HITAM sebagai tanda solidariti kita membantah penipuan pilihanraya di mana kempen berpakaian hitam ini akan diadakan pada setiap Hari Sabtu.

Monday, May 6, 2013

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA - LEE CHEAN CHUNG

Sdr Lee Chean Chung, calon Kerusi Dun Semambu dari KEADILAN yang baru sahaja memenangi Kerusi Dun Semambu di dalam PRU 13 baru-baru ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, samada individu mahu pun kumpulan petugas atau para penyokongnya yang telah bekerja keras membantu beliau sepanjang kempen PRU 13 baru-baru ini.



Beliau percaya tanpa sokongan kuat dari mereka, mustahil beliau mampu memenangi Kerusi Dun Semambu memandangkan Kerusi tersebut sebelum ini disandang oleh tokoh hebat dari MCA yang mendapat bantuan dari seluruh jentera Bn yang amat kuat.  Namun komitmen serta semangat dan kesabaran yang tinggi dari semua penyokong beliau, KEADILAN berjaya merampas Kerusi tersebut.  Sumbangan dan kerjasama yang amat baik dari rakan-rakan Pakatan Rakyat juga banyak menyumbang kemenangan bersama ini.

Beliau juga memohon ribuan kemaafan seandainya sepanjang kempen dijalankan terdapat sebarang kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan dari beliau, petugas dan para penyokong.  Beliau berjanji akan melaksanakan segala janji yang telah dibuat di samping sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab selaku Wakil Rakyat di sini dengan sebaik mungkin.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan agar beliau mampu melaksanakan amanah yang besar ini. 

Sunday, May 5, 2013

TAHNIAH - LEE CHEAN CHUNG (PKR) RAMPAS KERUSI DUN SEMAMBU

Sdr Lee Chean Chung rampas Kerusi Dun Semambu




KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PAHANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - SEMAMBU
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. MOHD SHUKRI MOHD RAMLI BEBAS885HILANG DEPOSIT
2. PANG TSU MING BN11,553
3. LEE CHEAN CHUNG PKR14,753MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :32,534

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :327

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :27,518

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :27,620

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :102

PERATUS PENGUNDIAN :84.90%

MAJORITI :3,200

Friday, May 3, 2013

PENGUNDI DUN SEMAMBU MENOLAK SENTIMEN PERKAUMAN

Pada PRU 12 yang lalu, Dun Semambu telah dimenangi oleh calon dari MCA (BN), Datuk Pang Tsu Ming dengan majoriti hanya 2, 136 sahaja.  Kali ini, PKR meletakkan calon muda dan juga seorang aktivis yang kuat berjuang di dalam isu Lynas khususnya iaitu Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota untuk berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru.


Pada 05 Mei ini, calon PKR tersebut akan berhadapan dengan penyandang kerusi Dun Semambu, Datuk Pang Tsu Ming dan seorang calon Bebas, Blogger Cucu Mat Kilau (CMK), Mohd Shukri Mohd Ramli.  Saingan kali ini hebat di mana Dun Semambu memperlihatkan lebih kurang 56 % adalah pengundi-pengundi Melayu dan hanya lebih kurang 33% adalah kaum Cina, selebihnya adalah kaum India dan lain-lain.  Pemerhati melihat kemasukan calon Bebas hanyalah untuk mengambil kesempatan di atas majoriti kaum Melayu di kawasan ini.

Berucap di Padang Kemunting di hadapan lebih 20 Ribu yang hadir

Masyarakat di Dun Semambu mengenali Sdr Lee Chean Chung sebagai aktivis yang sentiasa bersikap tenang dan 'cool' di dalam apa jua keadaan tetapi amat sensitif dengan permasalahan rakyat di sini.  Buktinya, beliau adalah di antara pelopor yang memainkan peranan penting untuk menjayakan kempen berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi menunjukkan bantahan terhadap kewujudan Kilang Lynas di Gebeng.


Mesra rakyat berbilang kaum
Sikap calon PKR bagi Dun Semambu ini yang sentiasa menghormati tradisi kaum-kaum Melayu dan India di sini menjadikan beliau sentiasa mudah untuk didampingi.  Beliau juga sentiasa mengambil berat permasalahan penduduk di kawasan ini walaupun masalah-masalah itu dianggap remeh seperti masalah longkang tersumbat, jalan berlubang dan sebagainya.  Prinsip beliau yang tidak meremehkan masalah penduduk amat wajar diletakkan sebagai calon pilihan ke Dun Pahang selepas 05 Mei nanti.

Atas sikap beliau yang sentiasa komited dengan perjuangan parti dan kebajikan rakyat, maka tidak hairanlah beliau kini menjadi anak muda harapan kepada Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga calon Parlimen Indera Mahkota untuk bersama beliau berbakti kepada rakyat.

Kempen calon Bebas yang lebih memperlihatkan isu perkauman cuba dibawa akan ditolak oleh rakyat di kawasan ini kerana rakyat semakin bijak menilai di antara sentimen perkauman dengan dasar atau prinsip parti.  Dasar Pakatan Rakyat samasekali menolak sentimen perkauman jauh sekali untuk menjadikan agama sebagai bahan kepentingan peribadi.  Pakatan Rakyat menjunjung Semangat Perlembagaan Negara yang memelihara kepentingan agama Islam dan Melayu, di samping agama-agama dan kaum lain terpelihara.

Sehubungan itu, bersamalah kita menyokong calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Sdr Lee Chean Chung di Dun Semambu, sekaligus mengangkat Pakatan Rakyat memenangi kesemua kerusi Parlimen dan Dun khususnya di Indera Mahkota.  INI KALI LAH !!

 

Thursday, May 2, 2013

LAWAN PENGUNDI HANTU, ANAK PERANTAU WAJIB BALIK MENGUNDI !!

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas. - Hrkh. Ramai yang kata PRU13 kali ni Pakatan Rakyat memang mampu untuk menumbangkan Umno BN. Malah banyak survey termasuk oleh UMCEDEL kata Pakatan Rakyat mendahului berbanding Umno BN. Senang katanya atas kertas Umno BN memang akan tumbang dalam PRU13.

Itu atas kertas, dan aku yakin segala kajian tu tak ambil kira faktor penipuan oleh Umno BN dan segala bala tentera depa yang memang sanggup beraksi macam 'si anjing Umno.'

Kalau ikut keyakinan pemimpin Umno BN aku yakin akan ujud penipuan secara besar-besaran kali ini yang boleh menjamin kemenangan depa.

Realitinya, Pakatan Rakyat tak dapat buat banyak, malah hampir takdak apa yang Pakatan Rakyat boleh buat pasainya aku yakin semua penipuan tu dibuat menggunakan segala macam lompong yang ada dalam sistem pilihanraya yang ada sekarang ni, terutama sekali yang melibatkan manipulasi daftar pemilih.

Pasai itulah, pada aku satu-satunya cara yang sangat-sangat relevan adalah macam rayuan oleh PAS Perak kepada semua pengundi yang tinggal di luar kawasan.

Harakahdaily melaporkan:

Mengulas lanjut, Mantan Menteri Besar Perak itu berkata, pengundi di perantauan perlu pulang untuk menyelamatkan negeri daripada segala perancangan jahat yang sedang dilakukan.

“Saya dengan serendah-rendah hati dan penuh rayu agar pengundi yang berada di luar Perak yang dalam rekod kami sejumlah 10, 000 sebagai pengundi kami (PAS) pulang mengundi.

“Gunakan kesempatan ini untuk memberikan keadilan dan harapan baru kepada warga Perak, kami pohon kepada seluruh pengundi di luar Perak agar berusahalah untuk pulang ke negeri tercinta ini pada 5 Mei nanti dan zahirkan harapan anda dengan memangkah PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini,” rayu beliau kepada pengundi Perak di perantauan. - Hrkh. Aku dari awal lagi sangat-sangat sokong kempen #JomBalikUndi. Aku sangat yakin walaupun Umno BN menipu semampu depa tapi depa takkan mampu melawan kuasa rakyat.

Kalau tengok kepada sambutan ke atas program Husam di Putrajaya, aku yakin majoriti depa-depa tu tak mengundi di Putrajaya tapi mengundi di kampung halaman masing-masing.

Pada aku, bagi yang tak dapat cuti, kalau hangpa biasa 'beli' MC, hangpa wajib balik mengundi walaupun terpaksa 'beli' MC.

Kalau tak cukup duit untuk buat tambang balik dan hangpa pernah pinjam dengan Along, hangpa wajib balik mengundi walaupun terpaksa pi pinjang kat Along.

Yang pentingnya, hangpa 'wajib' balik mengundi kali ni...