NOTIS

/

Thursday, June 6, 2013

PENUBUHAN TIM PUSAT KHIDMAT DUN SEMAMBU - BERSEDIA MEMBANTU RAKYAT

Penubuhan Pasukan Pusat Khidmat DUN Semambu. Kami bersedia untuk berkhidmat di setiap Zon sekitar DUN Semambu bagi menyelesaikan masalah penduduk setempat.

 
 
Ahli-ahli Pasukan Pusat Khidmat:

1. Zon RTP Bukit Goh/Kampung Padang/Taman Impian
Sdr Khairul, No. Tel: 013-9154414

2. Zon Indera Mahkota/Bukit Istana
Sdr Isparaini, No. Tel: 019-9160717

3. Zon Semambu/Komuniti India
Sdr Sanggaran, No Tel: 013-9066054

4. Zon Bukit Setongkol/Taman LKNP/Chenderawasih
Sdr Zaffran, No. Tel:0111-9422495

5. Pegawai Pusat Khidmat ADUN Semambu
Sdri Irra, No. Tel:017-9767127

6. Pegawai Khas ADUN Semambu
Sdr Wong, No. Tel:010-9020925

KEADILAN UNTUK SEMUA
DEMI RAKYAT

Monday, June 3, 2013

ADUN SEMAMBU CADANGKAN KHIDMAT KESIHATAN BAGI KAWASAN LUAR BANDAR

Walaupun baru beberapa minggu dipilih sebagai wakil Rakyat di Dun Semambu, YB Lee Chean Chung telah mula menunjukkan kebolehan beliau sebagai seorang Wakil Rakyat di dalam menyuarakan kehendak rakyat bukan sahaja di kawasan beliau di Semambu, malahan di semua kawasan terutamanya di luar bandar.

Permasalahan utama yang beliau bawa sewaktu berucap di dalam Kongres KEADILAN Nasional di PJ baru-baru ini, anak muda yang juga seorang aktivis ini membawa cadangan agar di semua kawasan luar bandar hendaklah diwujudkan Khidmat Kesihatan percuma untuk seluruh masyarakat.

Melalui cara ini, rakyat akan melihat bahawa PR benar-benar serius untuk membela nasib rakyat terutamanya yang miskin di luar bandar.  Di samping itu juga, YB Lee Chean Chung turut menyokong cadangan yang dibawa oleh Timbalan Presiden, YB Azmin Ali agar ditubuhkan Sekolah Politik agar setiap ahli terutamanya di kalangan anak muda lebih memahami erti dan perjuangan parti.