NOTIS

/

Thursday, January 31, 2013

03 FEB 2012 - BAZAR, CABUTAN BERTUAH DAN BENGKEL LUKISAN KARTUN SEMPENA PERASMIAN PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU


Pada 03 hb Februari 2013 (Ahad) ini, Pusat Komuniti Dun Semambu di bawah Penyelarasnya, Sdr Lee Chean Chung yang juga Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota akan dibuka dengan resminya oleh Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu.

Turut diundang di dalam majlis tersebut adalah Setiausaha Agung KEADILAN, YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman dan Ahli Parlimen Kuantan yang juga Naib Presiden KEADILAN, YB Fuziah Salleh.  Beberapa pimpinan PR kawasan juga turut dijemput hadir ke majlis yang akan diadakan.

Sempena dengan Majlis Perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu pada hari tersebut turut diadakan bazar jualan dan kebajikan yang terbuka kepada orang ramai.  Di samping itu juga, satu bengkel melukis kartun akan diadakan dibawah seliaan kartunis kartun terkenal, Sdr Zunar.

Orang ramai juga berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan melukis dan cabutan tiket bertuah.  Majlis bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 02.00 petang.

Jadual terperinci aturcara dan program adalah seperti berikut:

-8:00 AM - Bazar Kebajikan Bermula sehingga jam 02.00 PM.
-9:00 AM - Peserta Pertandingan Mewarna Melaporkan Diri
-9:30 AM - Permulaan Pertandingan Mewarna
-11:00 AM-  Perasmian Pusat Komuniti DUN Semambu oleh YB Tian Chua dan YB Saifuddin.
-12:30 AM-  Kelas Kartun oleh Kartunis Zunar

Untuk Pembelian Kupon, sila hubungi:
Mr Ong 012-9898211 / Mr Lee 019-9396648 / Mr Wong 010-9020925

Untuk Penyertaan Pertandingan Mewarna, sila hubungi:
Peng 017-5380693


Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis berkenaan disamping boleh mendengar ucapan perasmian dari YB Tian Chua dan juga YB Saifuddin Nasution.

Tuesday, January 29, 2013

PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU DIRESMIKAN PADA 03 FEB 2013

Pada 03hb Februari ini, maka Pusat Komuniti Dun Semambu akan dibuka secara resminya.  Pusat ini yang terletak di Jalan Hj Ahmad (hadapan Restoren Tanjung), Kuantan adalah merupakan Pusat Gerakan menyalurkan bantuan dan khidmat kepada seluruh masyarakat di Indera Mahkota, Kuantan khususnya sekitar Dun Semambu.

Sdr Lee Chean Chung, Penyelaras Dun Semambu
Mengikut kata Penyelaras Dun Semambu yang juga Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung upacara perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu akan disempurnakan oleh Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua.  Pada sebelah paginya diadakan Pusat Expo Jualan berbagai barangan sehingga waktu petang.  Sempena hari pelancaran tersebut turut diadakan Bengkel Seni Kartun yang akan dikendalikan oleh Kartunis Zunar mulai jam 11.00 pagi.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan, boleh hubungi No Tel 012-9540498 (Chean Chung) atau 010-9020925 (Wong).

Saturday, January 26, 2013

KM P.PINANG BERSAMA MASYARAKAT DUN SEMAMBU

Sempena dengan kunjungan Timbalan KM P.Pinang, YB Dr mansor ke Kuantan semalam, Cabang KEADILAN Kuantan khususnya di Dun Semambu mengambil kesempatan tersebut untuk membawa TKM tersebut menemui masyarakat dari berbagai kaum dan peringkat.

TKM P.Pinang tersebut diiringi oleh Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota yang juga Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung menemui penduduk setempat disamping mengedar risalah.  Turut bersama adalah Adun Teja, YB Chang Lih Kang yang turut bersama sepanjang kunjungan TKM P.Pinang ke Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.









CERAMAH DI INDERA MAHKOTA - LIVE RADIO KOBAT FM SEKARANG

Malam ini (26/1/13), sedang berlangsung program ceramah di Indera Mahkota 1, Kuantan.  Sila ikuti live di Radio Kobat FM sekarang.  Klik di sini -->> http://kobatfm.blogspot.com   

Tuesday, January 22, 2013

CERAMAH PERDANA DI INDERA MAHKOTA PADA 26 JANUARI INI


KEADILAN Cabang Indera Mahkota menjemput orang ramai untuk hadir di dalam Program Ceramah Perdana bertempat di Markas KEADILAN Indera Mahkota 1 (hadapan Restoren Rahmat), Kuantan pada 26 Januari 2013 (Sabtu) mulai jam 09.00 malam.

Penceramah yang akan dijemput pada malam itu adalah:

YB Dato' Dr Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri P.Pinang)
YB Azan bin Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)
YB Chang Lih Kang (Adun Teja)
Sdr Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota)

Mohon hebahkan dan datanglah beramai-ramai.

Monday, January 21, 2013

MENGAPA RAKYAT TOLAK UTUSAN?

Apabila mahkamah memberikan kemenangan kepada DS Anwar Ibrahim di dalam kes saman beliau terhadap akhbar Utusan seperti yang dilaporkan di SINI http://www.malaysiakini.com/news/219526 , maka jelas kepada kita bahawa sememangnya terdapat akhbar yang sanggup merosakkan minda rakyat demi untuk menjaga hati pemimpin-pemimpin politik.

Akhbar sepatutnya menjadikan rakyat negara ini berilmu dan bermaklumat serta mempunyai nilai atau tamaddun yang tinggi, bukannya untuk memperbodohkan rakyat.  Pengamal media sepatutnya sedar bahawa zaman telah berubah, rakyat terutamanya jenerasi muda sudah mempunyai media alternatif buat mereka khususnya media internet yang terlalu banyak untuk mereka mendapatkan berita yang tepat dan benar.  Strategi untuk meracuni pemikiran rakyat dengan berita fitnah hanya kerana untuk memuaskan nafsu beberapa pimpinan politik adalah satu strategi yang silap pada era sekarang.  Media yang masih mengamalkan cara kolot seperti ini akhirnya akan menjadi media atau komik kartun selaku penglibur lara dan menjadi bahan ketawa rakyat.

Justeru itu, akhbar yang ketinggalan seperti ini jangan persalahkan orang lain jika akhbar mereka dijadikan sebagai kertas atau tisu ditandas sahaja kerana berita yang mereka siarkan itu setaraf dengan kebusukan dan kejelekan di dalam tandas.

Rakyat yang bertamaddun dan berilmu tidak selera untuk menatap media murahan seperti ini walaupun diberi percuma.  Maka tidak pelik akhbar Utusan pernah ditolak oleh sebuah sekolah Cina di Kuantan ini kerana pihak sekolah tidak mahu anak-anak murid mereka menjadi jumud dan bodoh apabila menjadikan akhbar ini sebagai pemberi maklumat kepada mereka.

Friday, January 18, 2013

KEADAAN JALAN YANG MERBAHAYA DI INDERA MAHKOTA

Beberapa kawasan di Indera Mahkota, khususnya di Lorong 1/33 seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa.  Kunjungan Tim dari Pusat Khidmat Dun Semambu diketuai oleh Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang juga berperanan sebagai Penyelaras Dun Semambu memperlihatkan aduan rakyat di sekitar kawasan perumahan tersebut tidak diendahkan.

Mendengar aduan penduduk
Penutup lubang perparitan yang telah rosak membahayakan orang ramai
Difahamkan masyarakat di kawasan berkenaan telah pun membuat aduan kepada pimpinan MCA di kawasan tersebut, malangnya tiada tindakan susulan selepas itu sehinggakan Pihak Berkuasa seolah-olah melepaskan tangan bagi mengatasi beberapa masalah di kawasan tersebut.

Di antara beberapa masalah yang telah dikenalpasti adalah masalah jalan yang teruk, berlubang-lubang, penutup longkang yang rosak dan merbahaya, saluran parit tersumbat dan berbagai-bagai lagi aduan telah diterima oleh Tim yang mengadakan lawatan.

Sdr Lee Chean Chung akhirnya mengambil tindakan susulan dengan membawa permasalahan tersebut ke pihak berkenaan.  Adalah diharapkan Pihak Berkuasa akan dapat bertindak segera sebelum berlaku apa-apa kemalangan di kawasan berkenaan.