Bermula 01 Julai 2013 yang lalu, bermulalah tugas kesemua Adun dari
Pakatan Rakyat di Negeri Pahang untuk melaksanakan amanah yang diberikan
oleh rakyat di Dewan Undangan Negeri Pahang. Terdapat dua Adun
mewakili KEADILAN di dalam Dun iaitu Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
dan Adun Teruntum, YB Sim Chong Siang.
Bersama dengan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, kesemua Adun dari
KEADILAN setakat ini telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik.
Meskipun kedua-dua Adun dari KEADILAN tersebut tidak berpengalaman
berada di dalam Dun, namun mereka begitu banyak pengalaman di luar
khususnya di dalam tugas-tugas membantu permasalahan rakyat.
YB Lee Chean Chung - Adun Semambu |
YB Lee Chean Chung, Adun Semambu memang dikenali begitu aktif bergerak
mendekati para penduduk di sekitar Indera Mahkota tidak mengira kaum dan
agama. Kepetahan beliau bertutur di dalam bahasa Melayu mrmudahkan
beliau berinteraksi dengan masyarakat yang majoritinya berbangsa Melayu
di kawasan Semambu yang diwakilinya. Justeru itu, tidak menjadi masalah
besar buat beliau untuk menyuarakan masalah rakyat di kawasannya
apabila berpeluang berucap di dalam Dun.
YB Sim Chong Siang - Adun Teruntum |
Adun Teruntum pula, YB Sim Chong Siang sememangnya amat dikenali
khususnya di kawasan Parlimen Kuantan. Beliau sebelum ini begitu lama
berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah
Salleh. Bahkan, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan itu sebelum PRU 13
lagi seolah-olah menjadi rumah kedua buat YB Sim Chong Siang. Maka,
amat tepat sekali kali ini beliau diberi peluang bertindak sendiri
sebagai Adun Teruntum bukan lagi pembantu kepada YB Fuziah Salleh yang
terus dikekalkan di Parlimen Kuantan. Komitmen Adun Teruntum ini
sebenarnya banyak meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh YB
Fuziah Salleh. Begitu juga Adun Semambu, YB Lee Chean Chung telah
banyak membantu Ahli Parlimen Indera Mahkota yang baru iaitu Pengerusi
KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.
Rakyat sememangnya mengharapkan kedua-dua wakil mereka di Dun Semambu
dan Teruntum akan bekerja keras demi kebajikan rakyat. Kawasan Kuantan
dan Indera Mahkota boleh dikatakan kawasan elit namun tidak bermakna
tiada penduduk di sekitar kawasan ini yang berada di dalam kesempitan
serta memerlukan perhatian dari Wakil Rakyat mereka. Ini lah cabaran
buat kedua-dua Adun kita.
No comments:
Post a Comment