NOTIS

/

Thursday, August 29, 2013

ANWAR BERTEMU ANAK-ANAK MUDA DAN PROFESIONAL DI KUANTAN PADA 31 OGOS INI

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu istimewa di dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Sambutan Ambang Merdeka yang akan diadakan esok (Sabtu-31 Ogos 2013) bermula jam 04.00 petang bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.

Orang ramai dijemput hadir pada hari tersebut di alamat NO.14, JALAN IM5/14, IND.MAHKOTA 5, BANDAR IND.MAHKOTA, KUANTAN.


Sejurus selepas itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama anak-anak muda dan golongan profesional di dalam Majlis Hi-Tea yang akan diadakan di Seri Manja Boutique, Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 05.00 petang.

Radio KOBAT FM akan bersiaran secara langsung dari kediaman YB Dato' Fauzi manakala kami akan berusaha membawakan 'Live Stream' Majlis Hi-Tea yang akan diadakan selepas itu.

Sunday, August 18, 2013

ANWAR BERTEMU GOLONGAN PROFESIONAL/PELAJAR DI KUANTAN PADA 31 OGOS INI



Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk bersama golongan muda dan Profesional di dalam satu Majlis Hi-Tea yang akan diadakan pada 31 Ogos 2013 bermula jam 5.30 petang bertempat di Sri Manja Boutique Hotel. Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Kepada sesiapa yang ingin mengambil kesempatan untuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim sambil minum petang dan bersantai, dijemput hadir dan anda hanya perlu menyumbang sebanyak RM 30 bagi golongan Profesional (bekerjaya/jawatan tinggi di sektor awam atau swasta) dan bagi pelajar pula hanya dikenakan RM 15 sahaja.

Mohon hebahkan program ini melalui Facebook serta maklumkan juga kepada rakan masing-masing.

Sebarang maklumat terperinci, sila berhubung dengan Sdr Shahnul (019-2297487)/Sdr Wong (010-9020925).

Saturday, August 3, 2013

ZIARAH ADUN SEMAMBU KE SEMUA MADRASAH SEKITAR INDERA MAHKOTA

Adun Semambu, YB Lee Chean Chung semakin sibuk sempena Bulan Ramadhan ini.  Biarpun baru beberapa bulan sahaja menjadi YB di Dun Semambu, beliau tidak pernah melupakan masyarakat di kawasan yang diwakilinya.  Gerak kerja beliau semakin berganda berbanding sewaktu beliau berkempen sebelum PRU 13 yang lalu.


Meskipun berbangsa Cina dan Non Muslim, anak muda yang juga aktivis masyarakat ini tidak pernah memandang bulu atau bersifat perkauman di dalam menjalankan amanah yang telah diberikan rakyat.  Jika Adun dari PAS semakin banyak melakukan amal terhadap masyarakat sebagai amalan yang dituntut di dalam Islam sepanjang bulan Ramadhan, Adun Semambu ini turut bersaing bagi melakukan amalan yang baik ini kerana semua agama menuntut kerja-kerja amal yang baik untuk masyarakat.  Inilah prinsip yang sentiasa dipegang oleh YB Lee Chean Chung.



Petang kelmarin (02 Ogos 2013), selepas waktu Asar beliau bersama petugas-petugas Pusat Khidmat Dun Semambu serta bersama beberapa sukarelawan telah mengadakan ziarah ke beberapa buah madrasah di sekitar Dun Semambu dan Parlimen Indera Mahkota.  Kunjungan itu dibuat bagi menyantuni beberapa orang AJK Madrasah dan para Jemaahnya di samping mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pengurusan madrasah berkenaan.  Di samping itu, Adun ini juga sempat memberikan sumbangan kepada beberapa madrasah yang dikunjungi.


Beberapa madrasah yang belum sempat beliau kunjungi akan dikunjungi di dalam masa yang terdekat ini sebelum menjelang Aidil Fitri.


Thursday, August 1, 2013

Stop Sweeping Our Financial Dirt Under The ‘Off-Balance Sheet’ Carpet

PRESS RELEASE
1 AUGUST 2013

The latest downgrade by Fitch of Malaysia’s outlook from “Stable” to “Negative” is a matter of grave concern though it should come as no surprise.

We have consistently maintained that the government’s management of the economy particularly the profligacy in spending without proper safeguards of transparency and accountability will take us to the brink.

Prior to the 13th General elections, independent analysts had raised the red flag about our debt-to-revenue ratio of 237 per cent in 2012 and our over dependence on oil revenue but the UMNO-BN controlled media went to town to paint the critics as traitors out to destabilise the economy.

Instead of taking cognizance of the legitimate concerns and rectifying the situation, Najib has plunged the country into greater fiscal deficit, eating into our current account surplus and ignoring the clear signs of structural weaknesses.

How much longer does Najib want to be the proverbial ostrich in the sand by pretending that his administration’s mismanagement of public finances has no significant impact on the economic outlook? No amount of creative accounting practices can change our financial red to black.

Thus, while the sharp rise in the Federal Government guaranteed debt to nearly RM150 billion in 2012 from RM96.9 billion in 2010 has not been factored in our budget deficit calculations, it cannot escape the radar of impartial economic and financial analysis.

In this regard, we call on Najib to stop hoodwinking the people by bragging about our so-called ‘healthy debt-GDP ratio’ when in reality it is a case of sweeping our financial dirt under the ‘off-balance sheet’ carpet.

Unless urgent remedial action is taken, it is clear that the promises made in the last elections about holding in trust public finances and more responsible fiscal management will remain hollow and the culture of reckless spending, opaque government procurement and privatisation processes and disregard for accountability remains the hallmark of Najib’s ‘transformation’ government.

Let the government be warned that this cannot be allowed to continue. As the management of the nation’s public finances is not a game of one-upmanship, we urge Najib to stop grandstanding and immediately step up to the plate to put the nation’s and the people’s interest above self and partisan interests.

ANWAR IBRAHIM