NOTIS

/

Thursday, June 12, 2014

CERAMAH UMUM ISU LYNAS OLEH RAFIZI PADA 15 JUN (AHAD) INI DI BALOK MAKMUR


Isu Lynas tidak mudah untuk rakyat terutamanya di sekitar bandar Kuantan untuk melupakannya.  Bagi kami di dalam PR tidak akan melupakan isu yang besar melibatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk sekitar dan kami yakin usaha kami untuk menyedarkan rakyat agar menentang projek berbahaya ini akan mencapai kejayaan.

Rakyat mungkin terpedaya dengan propaganda kerajaan yang menyembunyikan sesuatu tentang Lynas.  Sehubungan itu, kami akan terus menyalurkan maklumat sebenar kepada rakyat melalui berbagai cara.  Risalah diedar dan sesi dialog bersama rakyat terus diadakan dari semasa ke semasa.  

Pada 15 Jun 2014 (Ahad) ini, bermula jam 09.00 malam bertempat di hadapan Masjid Balok Makmur, Kuantan akan diadakan Program Ceramah Umum yang akan memperkatakan tentang isu Lynas.  Di antara tokoh yang akan hadir adalah;

1.  YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - MP Indera Mahkota/Pengerusi MPN Pahang
2.  YB Rafizi Ramli - MP Pandan
3.  YB Andansura Rabu - Adun Beserah
4.  YB Lee Chean Chung - Adun Semambu
5.  Tuan Hj Zulkefli Omar - Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS.
6.  Tuan Hj Abu Samah - Ketua Cabang PKR Kota Bharu

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.

Monday, April 28, 2014

YB CHEAN CHUNG MENDAPAT UNDI TERBANYAK TERAJUI INDERA MAHKOTA

Adun Semambu, YB Lee Chean Chung telah dipilih dengan suara terbanyak untuk menerajui Cabang Indera Mahkota, Kuantan di dalam pemilihan pimpinan di Cabang Indera Mahkota pada 26 April 2014 baru-baru ini.  Beliau menang dengan bergaya menewaskan seorang lagi calon iaitu Sdr Albakri dengan majoriti yang agar besar.

Sebelum itu, Cabang Indera Mahkota telah mengadakan MATC pada jam 09.00 pagi bertempat di Pusat Khidmat Dun Semambu iaitu lokasi yang sama diadakan pemilihan.  Difahamkan tidak kurang dario 300 ahli telah hadir menentukan pucuk pimpinan Cabang berkenaan.

Apa yang menariknya, pemilihan kali ini berjalan baik, tenang dan lancar di mana kedua-dua pihak yang bertanding saling hormat-menghormati.  Suasana kempen sebelum ini pun tidak menjurus kepada perpecahan di dalam Cabang berkenaan.  

Apa yang menariknya, pemilihan di peringkat Pusat yang diadakan serentak di Cabang berkenaan menyaksikan kejutan apabila calon Timbalan Presiden iaitu Sdr Saifuddin Nasution memperolehi undi yang besar sekitar 200 lebih menewaskan dua lagi calon iaitu penyandang YB Azmin Ali dan TS Khalid Ibrahim.

Ternyata, ahli-ahli di Indera Mahkota masih menaruh harapan yang tinggi kepada YB Lee Chean Chung untuk meneruskan agenda reformasi dan memperjuangkan nasib rakyat berbilang kaum khususnya di Cabang berkenaan.  Di dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan agar Cabang Indera Mahkota akan terus dipandang tinggi sebagai Cabang atau kubu yang kuat bagi PR.  Kerjasama yang erat di kalangan ahli parti amat penting bagi merealisasikan hasrat ini.


Friday, January 10, 2014

ADUN SEMAMBU SENDIRI TUTUP LUBANG DIPENUHI AIR AKIBAT HUJAN LEBAT SEMALAM

Semalam (Jumaat - 10/1/14) hujan turun lagi dengan lebatnya di Kuantan sehingga ke petang.  Hujan yang tidak berhenti itu amat mengusarkan para penduduk sekitar Kuantan dan Indera Mahkota yang masih fobia lagi dengan banjir besar baru-baru ini.

Akibat hujan yang tidak berhenti selama beberapa jam, beberapa jalan di bandar ini mulai dinaiki air.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung tanpa menanti pihak berwajib, bersama dengan sukarelawannya dari Pusat Khidmat Dun Semambu segera turun meninjau situasi di beberapa tempat.

Beliau sempat melawat sekitaran Jalan Air Putih di mana air melimpah keluar di hadapan Pasaraya Eng Hong.  Lubang yang tidak diselenggara lebih sebulan juga menjadi lebih besar ekoran hujan lebat.  YB Lee Chean Chung bersama sukarelawannya membantu meletakkan penghalang supaya kereta tidak jatuh ke dalam lubang berkenaan.


Semoga hujan tidak berterusan lagi, walau bagaimanapun rakyat di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota khususnya perlulah sentiasa bersedia dan berhati-hati atas apa jua kemungkinan.