NOTIS

/

Tuesday, December 25, 2012

BANJIR DI KUANTAN - TINDAKAN PANTAS SKUAD DARI PAKATAN RAKYAT PATUT DIPUJI

Bermula sejak semalam (24 Disember 2012) yang mencetuskan banjir kilat terbesar di dalam sejarah Bandar Kuantan, Skuad yang ditubuhkan bersama oleh KEADILAN Kuantan dan Indera Mahkota di samping PAS terus bekerja keras membantu mangsa-mangsa banjir sekitar kawasan ini.

Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang juga Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung bersama Skuad yang dibentuk bergerak membantu mangsa-mangsa banjir sekitar Bukit Setongkol, Cenderawasih, Galing dan beberapa kawasan lain termasuk melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Membentuk Skuad Penyelamat dan Bantuan dengan pantas oleh KEADILAN bersama rakan-rakan lain di dalam Pakatan Rakyat memang patut diberi pujian. 

Sdr Lee Chean Chung dan rombongan mengharungi air di Bukit Setongkol bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir

Sdr Lee Chean Chung menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Sek Keb Galing
Sempat mengunjungi Klinik Kesihatan berhampiran Sek Keb Galing.  Layanan mesra oleh Doktor dan Staf di klinik tersebut amat menggembirakan
Bertemu mangsa-mangsa banjir di Sek Keb Chenderawasih


No comments:

Post a Comment