NOTIS

/

Saturday, December 29, 2012

CAMP HIMPUNAN HIJAU GAGAL DIROBOHKAN

Semalam, 29 Disember 2012 (Sabtu) lebih kurang jam 02.00 petang orang ramai mula memenuhi kawasan penempatan sementara, Camp Himpunan Hijau yang berada di Balok, Kuantan.  Ini adalah berikutan berita yang diterima bahawa pihak berkuasa akan datang untuk merobohkan Kabin yang didirikan di situ untuk memantau operasi Kilang Lynas di Gebeng.

Mereka adalah penghuni setia di Camp ini
Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh turut hadir
Lebih kurang jam 3.00 petang, pihak Polis telah mula berada di kawasan sekitar sebelum kehadiran pihak berkuasa yang terdiri daripada Pejabat Tanah dan Galian dan Pihak Berkuasa Tempatan.  Turut hadir di Camp tersebut adalah Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh serta beberapa pimpinan dari KEADILAN, PAS dan DAP beserta beberapa NGO yang menentang Operasi Kilang Lynas.

Pihak Berkuasa bersiap sedia menanti arahan.  Arahan siapa?
Aktivis tidak asing lagi, Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Hatta terus melaungkan kata-kata semangat
Bagi mengelakkan kekecuhan, rundingan dijalankan
Rundingan telah diadakan oleh YB Fuziah Salleh dan ketua Kumpulan Hijau dengan pihak berkuasa yang mana akhirnya kabin tersebut tidak dirobohkan tetapi hanya disita.  Orang ramai yang hadir berjaya mengawal suasana walaupun diselangi dengan laungan "Stop Lynas" berulangkali.

Akhirnya Kabin tidak dirobohkan sebaliknya hanya disita
Sdr Rafar, bekas tentera berucap
MP Kuantan, YB Fuziah Salleh berucap sebelum orang ramai bersurai

YB Fuziah Salleh telah berucap kepada orang ramai yang hadir bagi meredakan keadaan di mana beliau mahu rakyat terus bersabar dengan kezaliman Umno/Bn dan terus istiqomah dengan perjuangan menentang Operasi Lynas.  Turut menyampaikan ucapan adalah Sdr Rafar, bekas anggota tentera dan juga pimpinan PAS kawasan.



Pada 31 Disember ini (Isnin), satu konvoi dari KL akan menuju ke Gebeng, Kuantan sebagai tanda bantahan rakyat terhadap Kilang Lynas dan pada malamnya akan diadakan ceramah umum di Balok Makmur.  Orang ramai juga dijemput untuk menyertai konvoi mengikut masa dan laluan yang tersebut di atas. 

No comments:

Post a Comment