NOTIS

/

Friday, December 28, 2012

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR KG GALING

Dari awal kejadian banjir yang melanda Kuantan baru-baru ini, Skuad Penyelamat dan Bantuan yang ditubuhkan oleh KEADILAN Kuantan dan Indera Mahkota sentiasa berada di sisi mangsa banjir samada dengan memberikan bantuan makanan dan keperluan mahu pun bergotong royong membersihkan kediaman yang dilanda banjir.

Skuad berkumpul di Surau Kg Galing sebelum menyerahkan bantuan
Sdr Lee Chean Chung, Penyelaras Dun Semambu menyampaikan bantuan
Mungkin tidak ramai yang tahu di antara yang turut terlibat menjadi mangsa banjir baru-baru ini adalah salah seorang dari Skuad ini iaitu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang, Sdr Kamarul Hatta @ Bung Hatta sendiri.  Rumah beliau di Galing juga turut dimasuki air dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Mangsa banjir memilih pakaian yang disumbangkan orang ramai
Sdr Lee Chean Chung (Kiri) bersama Mr Siew , Naib Pengerusi KEADILAN Pahang (baju putih)
Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota yang juga Penyelaras Dun Semambu bersama Skuadnya termasuk dari Cabang KEADILAN Kuantan bergegas pula ke rumah Sdr Hatta selepas melakukan tugas bantuan di sekitar Kg Galing.  

Tanpa mengira kaum, gotong royong dilakukan di rumah mangsa banjir

Misi bantuan yang diberikan bukan sahaja di dalam bentuk pemberian bahan makanan tetapi juga turut membantu memindahkan barangan dan harta benda mangsa, membersihkan rumah dan juga mengangkut sampah sarap.

Sdr Lee Chean Chung menyampaikan sumbangan kepada isteri Sdr Hatta yang turut menjadi mangsa banjir


 

No comments:

Post a Comment