NOTIS

/

Thursday, February 28, 2013

UMNO SEMAKIN MERUDUM DI KUANTAN DAN INDERA MAHKOTA

Kekuatan Umno khususnya di kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota nampaknya semakin goyah.  Perebutan di kalangan pimpinan Umno untuk berebut menjadi calon di kedua-dua kawasan tersebut semakin ketara dan menjadi bualan di kalangan ahli-ahli Umno di sini sekarang.

Dikhabarkan paling kecewa dengan sikap pimpinan Umno yang hanya memikirkan kedudukan tanpa menghiraukan kebajikan para penyokongnya adalah di kalangan golongan muda.  Desas desus bertiup kencang bahawa golongan muda di beberapa kawasan kini telah mula meminati perjuangan Pakatan Rakyat.  Sikap pilih kasih di antara pimpinan dengan kumpulan-kumpulan tertentu yang sentiasa menjadi "YES MAN" amat mengecewakan beberapa pihak di dalam Pemuda Umno.  Di Indera Mahkota, krisis dalaman khususnya di kalangan Pemuda Umno semakin parah.  Ini membuka ruang Pakatan Rakyat untuk menawarkan perkhidmatan terbaik untuk golongan ini tanpa kita menawarkan imbuhan untuk bersama kita.

Pakatan Rakyat hanya menawarkan janji yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat yang baru diumumkan, tidak lebih dari itu selain dari perkhidmatan yang benar-benar untuk rakyat.  Walaupun demikian, tugas kita tidak mudah untuk berdepan dengan Umno/Bn yang masih berkuasa dengan segala jentera kerajaan yang mereka kuasai.  Hanya keikhlasan pimpinan kita sahaja yang mampu mengubah haluan mereka yang sekarang ini menyokong Umno/Bn agar beralih menyokong Pakatan Rakyat.

Kita tunggu di dalam masa yang terdekat ini, satu gerakan besar-besaran akan berlaku di Indera Mahkota di mana pasti akan memeranjatkan Umno/Bn di kawasan ini.

Monday, February 25, 2013

Risikan tentera, polis yakin Pakatan menang, rangka pelan keamanan

Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.

 
 
“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.

“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat.

“Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin.

“Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir./KD

Sunday, February 24, 2013

TAHUN BARU CINA SUNTIK SEMANGAT LAKUKAN PERUBAHAN

Sambutan Tahun Baru Cina masih lagi terasa.  Di merata-rata tempat masih lagi diadakan sambutan Tahun Ular kali ini dan sambutan tahun ini amat meriah sekali seolah-olah rakyat berbilang kaum tidak pernah merasakan bahawa negara ini telah berlaku perpecahan kaum walaupun media cuba mengambarkan sedemikian untuk kepentingan politik pihak pemerintah.

Hi-Tea Tahun Baru Cina di Taman Impian mendapat sambutan hangat walaupun kali pertama diadakan
Di Taman Angkasa
Kaum Cina terutamanya tetap bersatu walaupun mempunyai perbezaan politik kerana perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan bagi kaum ini dan ianya melampaui batas perkauman dan fahaman politik.  Tidak seperti sesetengah pihak, mereka mengambil kesempatan sempena Tahun Baru Cina atau sebarang perayaan lain untuk kepentingan politik mereka.  Cara sedemikian menunjukkan betapa mereka kehabisan modal politik tanpa merasa malu menggunakan perayaan keagamaan sesuatu kaum untuk mereka menyampaikan propaganda mereka.

Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran KEADILAN Temerloh

Kini rakyat bersedia untuk menghadapi PRU ke 13 walaupun baru sahaja menyambut Tahun Baru Cina dan sambutan Tahun Baru Cina kali ini seolah-olah menyuntik semangat rakyat khususnya kaum Cina untuk melakukan perubahan.

Saturday, February 23, 2013

Malaysia’s 13th General Elections - Anwar

By Anwar Ibrahim, Opposition Leader

As the 13th general elections draw near, the will of the people hangs in the balance as the question of free and fair elections remains unanswered.

The right to such a process is recognised in all democracies. Three conditions must be fulfilled: an independent audit of the electoral roll, a minimum campaign period of reasonable duration, and allowing international observers at polling stations.

The Najib administration’s action last week in detaining and deporting Australian senator Nick Xenophon who was in Kuala Lumpur to meet with me as well as leaders of the ruling party to discuss ways and means to meet those conditions has rendered the demand for free and fair elections an exercise in futility.

Meanwhile, the opposition coalition Pakatan Rakyat remains severely disadvantaged in campaigning. There is no access to the mainstream print and electronic media which, despite being largely funded by tax payers’ money, are used as a propaganda machine in ways not seen since the time of Goebbels: vicious lies are spread about the opposition’s mismanagement of the state governments, characters of key opposition leaders are assassinated and a movie is set to be screened nation-wide calculated undoubtedly to sow hostility and hatred among the indigenous Malay community towards ethnic minorities particularly the Chinese.

So we resort to self-help to travel the land and take the message home directly to the people. But where’s the right to security on our lives and property? Campaign buses and cars get pelted with stones and splashed with paint. Speakers are attacked and some supporters were knifed, violent acts caught on camera.

To ensure free and fair elections, there must be protection of the law, but complaints to the police fall on deaf ears. The Home Affairs Minister tells the media that he can’t guarantee our safety. Yes, this is the same man who issued the ban order on Senator Xenophon and then proclaimed that this was a routine matter. Labelling a visiting law maker from a friendly country “a security threat” and “an enemy of the state” is a routine matter?

Meanwhile, the veracity of electoral rolls remains unresolved with hundreds of thousand phantom votes in the list. In an on-going inquiry on citizenship-for-votes it was revealed that for the State of Sabah alone, more than 40,000 registered voters were on the highly suspect list. Other independent checks in other states have likewise revealed similar major discrepancies.

This is fraud perpetrated on a grand scale with the Elections Commission itself being culpable. Helmed by people who were card carrying members of the ruling UMNO party, a fact that had remained secret until it was exposed by independent watchdogs, how can anyone expect it to remain fair and impartial?

Complaints about the presence of significant numbers of phantom voters are ignored. The commission chair and deputy then go town to bash the opposition for ‘selling out’ the country’s sovereignty by calling for international observers. Right wing groups brand it as an act of treason. Former Prime Minister Mahathir Mohamed has called for the co-chair of Bersih, our democracy reform Coalition for Clean and Fair Elections, to be stripped of her citizenship.

Indeed, the test of free and fair elections is not merely allowing international observers but welcoming them with open arms because they lend credibility to the process as well as the outcome. If our elections are free and fair, what’s there to hide?

In this regard, Nick Xenophon as well as other international would be observers will no doubt be a threat but only to those who believe they are entitled to perpetual power. The fear of losing power haunts them making them desperate in action and in word. The left hand sometimes doesn’t know what the right hand is doing.

And no one shows this up better than the Prime Minister himself. On the one hand, he invites the international media to cover his economic transformation programme and touts it as a decisive move towards democratic reform. He tops it up with visits overseas, Australia being one of the first on the itinerary. In Melbourne and in Sydney he spoke to local audiences about how genuine his government is in steering the country towards freedom and democracy. On the other hand, as the Xenophon debacle illustrates, his administration now decries ‘foreign interference in its internal affairs’ and declares that ‘outsiders must keep their hands off our electoral process.’

Well, Mr Prime Minister, you can’t have it both ways. First, you blew away millions of dollars of the tax payers’ money in travelling to other countries to promote your persona as an emerging reform-driven democratic leader. Then you tell law makers from those countries who are coming to verify the truth of what you have been saying that this is none of their business!

So, Nick Xenophon was indeed a ‘security’ risk but not to the Malaysian people. The only rationale for his expulsion is that he represents a serious threat to the UMNO government because of his advocacy for clean elections in Malaysia. But as I have said on day one of his arrest, Malaysia does not belong to UMNO. It belongs to all citizens regardless of their political affiliation.

Facile acts of reform done with much fanfare may help in the promotion of one’s persona. But it only takes one act of desperation to tear the veneer of hypocrisy and diabolical manoeuvring. To repeal the Internal Security Act only to replace with another law which gives the police even wider powers of detention is a classic example. Expelling a law maker on a mission for electoral reform is yet another. However, come polling day, despite the cheating and the fraud, we believe the people will triumph.

23rd Feb 2013

Thursday, February 21, 2013

BN BENAR-BENAR TERANCAM DI SABAH, INI KALI LAH!!

Bekas Menteri & Timbalan Menteri dari Sabah sertai KEADILAN

SABAH 21 FEB: Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau menyertai KEADILAN.

 
 
Kedua-duanya – bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha KEADILAN Negeri, Roland Chia berkata, perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.

“Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon KEADILAN yang bertanding di Kadamaian – kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.

Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Keningau./KD

Sunday, February 17, 2013

VIDEO - Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini. 
Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu. Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.

Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu. Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam. Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN. "Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH. Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong. Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.

Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu. Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan. "Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap.

Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya. Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan. Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut.

Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar. Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah./MK

Friday, February 15, 2013

KHIDMAT MASYARAKAT DI DUN SEMAMBU DAN INDERA MAHKOTA SEMAKIN RANCAK

Sejurus perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu, Indera Mahkota baru-baru ini, gerakan khidmat masyarakat semakin giat dijalankan oleh petugas-petugas Pusat Komuniti di bawah Penyelaras Dun Semambu sendiri, Sdr Lee Chean Chung.

Sdr Lee Chean Chung berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengetahui permasalahan penduduk di samping mengedar risalah maklumat untuk mereka
Kunjungan dari rumah ke rumah hampir setiap hari dijalankan di sekitar Dun Semambu khususnya dan Indera Mahkota, amnya dengan dibantu oleh petugas-petugas dan sukarelawan sambil mengedar beberapa risalah sebagai maklumat kepada masyarakat setempat.   

Peka terhadap alam sekitar
Selain dari melakukan kunjungan dari rumah ke rumah untuk mengetahui permasalahan penduduk, Sdr Lee Chean Chung juga turut prihatin dengan masalah-masalah alam sekitar yang boleh menggugat keselamatan penduduk.  Di antaranya, beliau sendiri hadir melawat sebuah kawasan cerunan bukit di kawasan Indera Mahkota yang boleh mengancam keselamatan orang ramai agar masalah tersebut dapat diatasi oleh pihak berkuasa.

Saturday, February 9, 2013

TAHNIAH - KUNJUNGAN KETUA PEMBANGKANG DISAMBUT MERIAH



Kunjungan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Indera Mahkota dan Kuantan pada 08 Februari 2013 baru-baru ini mendapat sambutan yang amat membanggakan.  Program beliau bermula dari jam 05.00 petang sehingga kemuncaknya menghadiri dua program ceramah di Kempadang dan Taman Impian, Indera Mahkota ternyata tidak mengecewakan di mana sambutan hangat telah diberikan.



Pusat Komuniti Dun Semambu khususnya amat berterima kasih di atas kerjasama semua pihak termasuk dari Cabang Indera Mahkota dan Kuantan yang telah bekerja keras untuk menjayakan program pada hari tersebut.

Sdr Lee Chean Chung, Penyelaras Dun Semambu
Dato' Seri Anwar Ibrahim

Di kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pengunjung blog ini semoga kita semua terus berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera.


Wednesday, February 6, 2013

JADUAL ATURCARA KUNJUNGAN DATO' SERI ANWAR KE KUANTAN/INDERA MAHKOTA/PAYA BESAR

8 Februari 2013 (Jumaat)

1) 5.00 ptg – Anwar Ibrahim Bersama Masyarkat Felda

Lokasi: FELDA Bukit Kuantan

2) 6.00 ptg – Ramah Mesra Dan Minum Petang

Lokasi: Rmh Hj Kassim, Perkampongan Cenderawasih, Kuantan

3) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau Haji Ali, Kampong Tengah, Kuantan

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat

Lokasi: Taman Berjaya Permai, Kempadang, Kuantan

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Taman Impian, Jalan Sungai Lembing, Kuantan
6) Barisan Penceramah:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Fauziah Salleh

iii. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman

iv. Sdr Lee Chean Chung

v. YBhg Ustaz Rosli Abdul Jabar

Sunday, February 3, 2013

TAHNIAH !! PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU SELAMAT DIRESMIKAN

Pada 03 Februari 2013 (Ahad) semalam, maka Pusat Komuniti Dun Semambu secara resminya beroperasi di bawah Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung apabila telah diresmikan oleh Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua pagi semalam.  
Pusat Komuniti Dun Semambu, megah dan bersemangat...
Turut hadir bersama di dalam Majlis Perasmian tersebut adalah Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan juga Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Selain itu, Timb YDP PAS Indera Mahkota, Sdr Andansura Rabu juga turut hadir bersama pimpinan DAP Kuantan, bersama juga Sdr Wong Tack (Pengerusi Kump. Hijau) dan beberapa pimpinan PR kawasan Indera Mahkota dan Kuantan.
Sdr Lee Chean Chung (baju jingga) bersama Kartunis Zunar beserta peminat-peminat kartun Zunar
YB Fuziah Salleh bersama beberapa pimpinan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina
Sempena dengan Majlis Perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu yang terletak di Jalan Hj Ahmad, Kuantan (berhadapan Restoren Tanjung/Sekilau Food), turut diadakan adalah bazar jualan kebajikan berkopun, pertandingan melukis untuk kanak-kanak, bengkel kartun yang dikendalikan oleh Kartunis Zunar dan juga cabutan bertuah.  Sepanjang program tersebut, Stesen Radio KOBAT FM telah membuat liputan secara langsung melalui http://kobatfm.blogspot.com
Di antara bazar jualan yang dibuka
kueh 'telinga Nan Yaakob' laris....
Meskipun dari awal pagi, hujan mulai turun namun ianya tidak menjejaskan sambutan orang ramai untuk hadir ke Pusat Komuniti Dun Semambu yang bakal diresmikan.  Lebih kurang jam 11.30 pagi, ketibaan Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua disambut oleh pimpinan-pimpinan serta diiringi dengan Tarian Singa.  Sebelum upacara perasmian, beberapa pimpinan telah berucap di antaranya adalah Penyelaras Dun Semambu sendiri iaitu Sdr Lee Chean Chung, YB Fuziah Salleh dan Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Di samping itu juga penerangan rengkas berkaitan seni kartun politik disampaikan oleh Kartunis Zunar.
Pimpinan jemputan bersama YB Tian Chua
Orang-Orang kuat PR Indera Mahkota bersama YB Tian Chua (Dato' Fauzi, Sdr Andansura, YB Tian Chua dan Sdr Lee Chean Chung)
YB Tian Chua berucap sebelum merasmikan Pusat Komuniti Dun Semambu
Pusat Komuniti Dun Semambu selamat diresmikan
YB Tian Chua telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat bagi menghadapi PRU ke 13 sebelum beliau merasmikan Pusat Komuniti Dun Semambu.  Upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang di dalam pertandingan melukis telah disempurnakan oleh YB Tian Chua dan beberapa pimpinan.
KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung beserta kesemua penyokong yang terlibat termasuk dari rakan di dalam PR yang telah bekerjasama dengan begitu baik sehingga wujudnya Pusat Komuniti Dun Semambu bagi menggerakkan jentera untuk membantu rakyat sekitar Indera Mahkota amnya, dan Dun Semambu khususnya.
Lain-lain foto yang sempat dirakam:
YB Fuziah, Dato' Fauzi dan Sdr Lee Chean Chung adalah di antara yang menandatangani amaran kepada kerajaan "TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"  di bazar SAMM Pahang
Di antara yang berada di dalam Pusat Komuniti Dun Semambu sewaktu perasmian
Pertandingan melukis
Penyampaian hadiah kepada pemenang melukis
SAMM Pahang turut mendirikan bazar jualan cenderahati SAMM dan kempen "TIPU PRU- RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"
Radio KOBAT FM menyiarkan secara langsung sepanjang program  

Saturday, February 2, 2013

PERASMIAN PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU HARI INI (03 FEB 2013)


-  Bazar Kebajikan/Jualan
-  Pertandingan Melukis
-  Bengkel Kartun bersama Kartunis Zunar
-  Cabutan Bertuah
-  Ucapan Perasmian Oleh YB Tian Chua dan YB Saifuddin Nasution.
-  LIVE Radio KOBAT FM.

"LIVE" RADIO KOBAT FM - PERASMIAN PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU ESOK (03 FEB 2013)

 
ESOK, 03hb Februari 2013 (Ahad), maka secara resminya Pusat Komuniti Dun Semambu akan beroperasi sepenuhnya.  Pusat Komuniti yang dibawah Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung ini akan diresmikan oleh kepimpinan KEADILAN Pusat iaitu YB Tian Chua dan YB Saifuddin Nasution mulai jam 11.00 pagi.

Sempena dengan Majlis Perasmian tersebut, Stesen Radio KOBAT FM akan bersiaran langsung dari Pusat Komuniti tersebut.  Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai kerana pada hari tersebut bermula jam 08.00 pagi turut diadakan jualan di Bazar Kebajikan di samping itu diadakan Pertandingan Melukis, Bengkel Kartun bersama Kartunis Zunar dan Cabutan Bertuah.

Jadual terperinci aturcara dan program adalah seperti berikut:

-8:00 AM - Bazar Kebajikan Bermula sehingga jam 02.00 PM.
-9:00 AM - Peserta Pertandingan Mewarna Melaporkan Diri
-9:30 AM - Permulaan Pertandingan Mewarna
-11:00 AM- Perasmian Pusat Komuniti DUN Semambu oleh YB Tian Chua dan YB Saifuddin.
-12:30 AM- Kelas Kartun oleh Kartunis Zunar

Untuk Pembelian Kupon, sila hubungi:
Mr Ong 012-9898211 / Mr Lee 019-9396648 / Mr Wong 010-9020925

Untuk Penyertaan Pertandingan Mewarna, sila hubungi:
Peng 017-5380693