Sejurus perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu, Indera Mahkota baru-baru ini, gerakan khidmat masyarakat semakin giat dijalankan oleh petugas-petugas Pusat Komuniti di bawah Penyelaras Dun Semambu sendiri, Sdr Lee Chean Chung.
Sdr Lee Chean Chung berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengetahui permasalahan penduduk di samping mengedar risalah maklumat untuk mereka |
Kunjungan dari rumah ke rumah hampir setiap hari dijalankan di sekitar Dun Semambu khususnya dan Indera Mahkota, amnya dengan dibantu oleh petugas-petugas dan sukarelawan sambil mengedar beberapa risalah sebagai maklumat kepada masyarakat setempat.
Peka terhadap alam sekitar |
Selain dari melakukan kunjungan dari rumah ke rumah untuk mengetahui permasalahan penduduk, Sdr Lee Chean Chung juga turut prihatin dengan masalah-masalah alam sekitar yang boleh menggugat keselamatan penduduk. Di antaranya, beliau sendiri hadir melawat sebuah kawasan cerunan bukit di kawasan Indera Mahkota yang boleh mengancam keselamatan orang ramai agar masalah tersebut dapat diatasi oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment