NOTIS

/

Sunday, February 24, 2013

TAHUN BARU CINA SUNTIK SEMANGAT LAKUKAN PERUBAHAN

Sambutan Tahun Baru Cina masih lagi terasa.  Di merata-rata tempat masih lagi diadakan sambutan Tahun Ular kali ini dan sambutan tahun ini amat meriah sekali seolah-olah rakyat berbilang kaum tidak pernah merasakan bahawa negara ini telah berlaku perpecahan kaum walaupun media cuba mengambarkan sedemikian untuk kepentingan politik pihak pemerintah.

Hi-Tea Tahun Baru Cina di Taman Impian mendapat sambutan hangat walaupun kali pertama diadakan
Di Taman Angkasa
Kaum Cina terutamanya tetap bersatu walaupun mempunyai perbezaan politik kerana perayaan Tahun Baru Cina adalah perayaan bagi kaum ini dan ianya melampaui batas perkauman dan fahaman politik.  Tidak seperti sesetengah pihak, mereka mengambil kesempatan sempena Tahun Baru Cina atau sebarang perayaan lain untuk kepentingan politik mereka.  Cara sedemikian menunjukkan betapa mereka kehabisan modal politik tanpa merasa malu menggunakan perayaan keagamaan sesuatu kaum untuk mereka menyampaikan propaganda mereka.

Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran KEADILAN Temerloh

Kini rakyat bersedia untuk menghadapi PRU ke 13 walaupun baru sahaja menyambut Tahun Baru Cina dan sambutan Tahun Baru Cina kali ini seolah-olah menyuntik semangat rakyat khususnya kaum Cina untuk melakukan perubahan.

No comments:

Post a Comment