NOTIS

/

Thursday, February 28, 2013

UMNO SEMAKIN MERUDUM DI KUANTAN DAN INDERA MAHKOTA

Kekuatan Umno khususnya di kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota nampaknya semakin goyah.  Perebutan di kalangan pimpinan Umno untuk berebut menjadi calon di kedua-dua kawasan tersebut semakin ketara dan menjadi bualan di kalangan ahli-ahli Umno di sini sekarang.

Dikhabarkan paling kecewa dengan sikap pimpinan Umno yang hanya memikirkan kedudukan tanpa menghiraukan kebajikan para penyokongnya adalah di kalangan golongan muda.  Desas desus bertiup kencang bahawa golongan muda di beberapa kawasan kini telah mula meminati perjuangan Pakatan Rakyat.  Sikap pilih kasih di antara pimpinan dengan kumpulan-kumpulan tertentu yang sentiasa menjadi "YES MAN" amat mengecewakan beberapa pihak di dalam Pemuda Umno.  Di Indera Mahkota, krisis dalaman khususnya di kalangan Pemuda Umno semakin parah.  Ini membuka ruang Pakatan Rakyat untuk menawarkan perkhidmatan terbaik untuk golongan ini tanpa kita menawarkan imbuhan untuk bersama kita.

Pakatan Rakyat hanya menawarkan janji yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat yang baru diumumkan, tidak lebih dari itu selain dari perkhidmatan yang benar-benar untuk rakyat.  Walaupun demikian, tugas kita tidak mudah untuk berdepan dengan Umno/Bn yang masih berkuasa dengan segala jentera kerajaan yang mereka kuasai.  Hanya keikhlasan pimpinan kita sahaja yang mampu mengubah haluan mereka yang sekarang ini menyokong Umno/Bn agar beralih menyokong Pakatan Rakyat.

Kita tunggu di dalam masa yang terdekat ini, satu gerakan besar-besaran akan berlaku di Indera Mahkota di mana pasti akan memeranjatkan Umno/Bn di kawasan ini.

No comments:

Post a Comment