NOTIS

/

Saturday, March 2, 2013

CHEAN CHUNG JADIKAN BUKU SYEIKH YUSOFF QARDHAWI SEBAGAI RUJUKAN

Malam tadi (02/3/13), bertempat di Bukit Sekilau, Indera Mahkota, Kuantan telah diadakan satu program ceramah yang menampilkan dua tokoh muda, Sdr Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard selaku Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dan seorang lagi adalah Penyelaras Dun Semambu yang juga Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung.

Pertembungan kedua-dua tokoh muda ini berjaya menggamit kehadiran tidak kurang dari 500 orang penduduk sekitar Indera Mahkota dari berbagai kaum untuk hadir. Selain dari kedua tokoh muda ini, program malam tadi juga menampilkan tokoh lama di Indera Mahkota yang juga bekas Timbalan Menteri dan bekas MP/Adun Umno, Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Us Sulaiman Md Derus mewakili PAS dan juga Penyelaras Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) iaitu Sdr Wan Fauzuldin.

Sdr Lee Chean Chung menjadikan buku Syeikh Yusoff Qardhawi sebagai rujukan ucapan beliau malam tadi
Apa yang menariknya, ucapan dari Sdr Lee Chean Chung yang banyak merujuk kepada Buku Karangan Ulamak Tersohor iaitu Syeikh Yusoff AlQardhawi bagi menerangkan perjuangan anak muda yang berjihad menenyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim atau mungkar.

Kefasihan berbahasa Melayu yang dimiliki oleh anak muda ini sentiasa menarik minat orang ramai, justeru itu tidak menghairankan apabila Sdr Lee Chean Chung kini semakin dikenali dan sering dijemput berceramah bukan sahaja di dalam negeri Pahang bahkan di luar negeri Pahang.  Aktivis yang terkenal dengan penentangannya terhadap projek Lynas kini adalah tokoh muda yang diharapkan dapat mengubah suasana politik khususnya di sekitar bandar Kuantan dan Indera Mahkota.

Chegu Bard menghangatkan suasana dengan berbagai isu terkini
Di dalam ucapannya sekitar 30 minit, beliau banyak menyebut tentang soal ketidak adilan rejim Umno/Bn di samping berbagai isu rasuah dan penyelewengan.  Beliau turut menyentuh tentang betapa pentingnya rakyat khususnya golongan muda bangkit untuk melakukan perubahan sejajar dengan amanah yang dicatatkan oleh Ulamak Islam, Syeikh Yusoff Qardhawi di dalam buku yang menjadi panduan sepanjang ucapan beliau.

Di antara yang hadir
Penampilan seorang lagi tokoh muda, Chegu Bard sememangnya dinanti-nantikan orang ramai.  Isu berkaitan putar belit media, skandal beberapa Menteri dan paling panas apabila beliau menyentuh tragedi yang berlaku di Lahad Datu semalam.  Kelemahan PM, Najib Tun Razak mengakibatkan tragedi di Lahad Datu terpaksa mengorbankan nyawa di kedua-dua belah pihak.  Pertikaian di antara kumpulan "Sultan Sulu' dengan kerajaan kita seharusnya dirunding secara bijaksana tanpa berlakunya pencerobohan, namun ianya gagal ditangani oleh kepimpinan Najib.  Rakyat harus tolak kepimpinan yang lemah dan gagal menentukan keselamatan negara, ujarnya.


No comments:

Post a Comment