Sumber: Mandor.blogspot
Heboh disebut bahawa calon PR di kawasan Dun Semambu, salah satu Dun di
Parlimen Indera Mahkota, Kuantan adalah seorang anak muda yang aktif di
dalam gerakan Kumpulan Hijau menentang Lynas, Sdr Lee Chean Chung.
Berita ini hampir tepat jika dilihat sekarang ini beliau semakin aktif
di dalam gerak kerja parti apatahlagi beliau adalah Pemangku Cabang
Keadilan Indera Mahkota dan juga Penyelaras Dun Semambu.
Jentera Dun Semambu di bawah Lee Chean Chung telah mula bergerak |
Apa yang pasti, kerusi Dun Semambu tidak menjadi rebutan samada dari PAS
mahu pun DAP. Ini kerusi terbaik untuk Keadilan menangi selain dari
kerusi Dun Teruntum, seperti juga PAS berpeluang besar di Dun Beserah
dan Tanjung Lumpur. Maka, tepat sekali Sdr Lee Chean Chung berhadapan
dengan calon samada dari MCA mahupun Umno. Di Dun Semambu, Umno mungkin
cuba untuk merampasnya dari MCA atas alasan kononnya untuk meraih undi
kaum Melayu sekiranya sudah pasti Sdr Lee Chean Chung bertanding
mewakili PR. Namun, adakah MCA begitu mudah untuk menyerahkan kerusi
yang kini disandangnya?
Anak muda dan aktivis yang disukai semua kaum di Semambu |
Secara umumnya, Parlimen Indera Mahkota boleh dikatakan hampir pasti
dikekalkan oleh PR. Calon Parlimen Indera Mahkota sudah semestinya
adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi Keadilan Pahang. Beliau
mempunyai pengaruh yang cukup besar di kawasan tersebut khususnya di
kawasan Beserah dan Semambu. Dikatakan juga tidak kurang yang mahukan
Dato' Fauzi bertanding di Dun Tanjung Lumpur tetapi lebih baik dan
berpeluang cerah jika beliau terus mencuba di kerusi Parlimen Indera
Mahkota.
Gandingan tenaga muda, Sdr Lee Chean Chung dan tokoh penuh berpengalaman
yang juga bekas tokoh Umno Pahang itu pastinya menyumbang sesuatu yang
menggembirakan buat PR di Pahang ini. Nampaknya jika ada cubaan calon
Bebas berbangsa Melayu untuk memecahkan undi Melayu di kedua-dua kerusi
ini termasuk di Dun Teruntum pasti akan kecundang dan tidak mustahil
bakal kehilangan deposit.
Kali ini rakyat hanya fikirkan untuk menolak Umno/Bn dan menabalkan PR
ke Putrajaya, bukan lagi isu perkauman apatahlagi calon Bebas yang bakal
muncul nanti dilihat ingin mengambil kesempatan untuk menguji ketaatan
para penyokong PR terhadap Pakatan.
No comments:
Post a Comment