Pada 24 Mac 2013, satu kursus PACABA telah diadakan di Markas PAS Kg Padang, Indera Mahkota, Kuantan yang dihadiri oleh semua petugas parti.
Ini merupakan satu kursus yang penting bagi menghadapi PRU ke 13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang. Kerjasama di dalam Pakatan Rakyat khususnya di kawasan Indera Mahkota dan Kuantan kini berada di tahap yang terbaik.
Menyedari bahawa Umno/Bn tidak akan berdiam diri, maka Pakatan Rakyat kini telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi mereka. Masa untuk memikirkan masalah-masalah remeh tidak ada lagi kerana kini adalah masa untuk fokus menghadapi PRU. Pakatan Rakyat serius untuk merampas beberapa kerusi Dun di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota di samping bekerja kuat untuk mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen yang kini milik kita.
No comments:
Post a Comment