NOTIS

/

Monday, March 18, 2013

KRISIS AIR DI KUANTAN, PENDUDUK HILANG SABAR

Tahukah anda, kawasan Kuantan iaitu Ibu Negeri bagi Negeri Pahang iaitu negeri kelahiran PM, Najib Razak rupa-rupanya lebih teruk dari beberapa negeri lain di dalam isu bekalan air?  Jika kita menonton TV3 dan laporan akhbar Utusan, sudah semestinya kita tidak akan tahu bahawa masalah bekalan air di Kuantan khususnya dan di Pahang, amnya masih gagal ditangani oleh Kerajaan Negeri di bawah Umno/Bn.

Sebelum ini, kita diberitahu bahawa di Parlimen Pekan sendiri kerap mengalami masalah bekalan air.  Bahkan, di penempatan warga tentera iaitu di Kem Batu 10, Kuantan sendiri pun dilaporkan di dalam seminggu mesti ada bekalan air terputus.  Begitulah teruknya pengurusan air di Pahang ini.  Kini, masalah tersebut berterusan di Bandar Kuantan.


Pada 15 Mac baru-baru ini, akibat tidak lagi mampu menahan sabar dengan karenah pihak pengurusan bekalan air, penduduk-penduduk sekitar Bukit Pelindung, Kuantan turun berhimpun secara aman.  Perhimpunan ini bukan kerana motif politik kerana kepentingan sumber air tidak mengira fahaman mana-mana parti politik.  Sehubungan itu, di atas inisiatif Penyelaras Dun Semambu dan Parlimen Indera Mahkota juga Kuantan, maka diadakan perhimpunan secara aman tersebut.

Mungkin perhimpunan seperti ini dianggap remeh oleh pihak Kerajaan Negeri, tetapi bagi rakyat ianya menunjukkan kegagalan Kerajaan Negeri Pahang di dalam menyelesaikan masalah asas penduduk-penduduk di Kuantan.  Jika Kilang Lynas di Gebeng beroperasi tanpa masalah air, mengapa para penduduk di sini pula mahu dibebankan? 

No comments:

Post a Comment