NOTIS

/

Thursday, March 14, 2013

KEMPEN SEMAKIN MENCABAR DI INDERA MAHKOTA, SEMANGAT SEMAKIN TINGGI

Meskipun menghadapi berbagai dugaan dan cabaran di dalam usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat, namun ianya tidak sedikitpun melemahkan semangat petugas-petugas dari jentera kempen Dun Semambu, Indera Mahkota di bawah Sdr Lee Chean Chung.

Cermin kereta petugas dipecahkan sewaktu kempen dijalankan
Setiap hari jentera yang bersemangat waja ini terus bergerak dari rumah ke rumah dengan berbagai ragam manusia yang dapat dilihat.  Meskipun terdapat beberapa orang yang ditemui seakan-akan memperlekehkan maklumat dan risalah yang dibawa, tetapi secara umumnya sambutan rakyat berbilang kaum di kawasan Indera Mahkota terhadap PR amat membanggakan.  Inilah yang menjadikan semangat para petugas semakin tinggi.

Menyediakan Pusat Semakan Mengundi di Pasar Pagi
Dugaan seperti kejadian memecah kereta petugas seperti yang berlaku di Kg Jawa tidak mematahkan semangat anak-anak buah Sdr Lee Chean Chung.  Tugas mereka bukan sahaja sekadar mengedar risalah dari rumah ke rumah, bahkan mereka juga mewujudkan pusat menyemak daftar mengundi di Pasar Pagi untuk kemudahan orang ramai mengetahui status mereka mengundi.

Bermula dengan topi BN, tetapi terus bertukar ke topi KEADILAN dan berjanji akan undi PR di dalam PRU nanti
Para petugas telah diberi amanah agar sentiasa bersabar menghadapi ragam masyarakat yang semestinya mempunyai pandangan dan kepercayaan politik yang berbeza-beza.  Petugas-petugas diperingatkan agar sentiasa menjaga akhlak dan moral masing-masing apabila menyantuni setiap orang yang ditemui.  Setiap penerangan mestilah jelas dan mudah difahami berdasarkan fakta-fakta yang kukuh di samping bersedia untuk menjawab segala hujah atau pertanyaan dari mereka yang ditemui.

No comments:

Post a Comment