Perhimpunan Aman akibat krisis air |
Baru-baru ini para penduduk sekitar Indera Mahkota dan Kuantan telah mengadakan perhimpunan aman di Bukit Pelindung bagi menyuarakan rasa kecewa di atas kegagalan pihak berkuasa mengatasi masalah air di sekitar kawasan ini. Berita berkaitan perhimpunan aman tersebut telah kami siarkan di SINI.
Prihatin - Jawatankuasa Pemantau dibentuk |
Para penduduk di sekitar kawasan ini merasa amat kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak prihatin dengan permasalahan ini walaupun beberapa kali aduan telah dibuat oleh penduduk. Sehubungan itu, satu Jawatankuasa telah dibentuk bagi memantau perkara ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Pemantauan Hal Ehwal Air Kuantan yang diketuai oleh Mdm Cheah dan Sdr Syed Ali Alhabshee.
Sebarang aduan atau permasalahan berhubung isu ini, anda boleh menghubungi Jawatankuasa ini di No tel Hotline: 010-9189148 atau Email: kuantanair@gmail.com
No comments:
Post a Comment