NOTIS

/

Wednesday, January 2, 2013

KAUM CINA JUGA BENCI JUDI DAN TOLAK LYNAS, INI BUKAN ISU PERKAUMAN - CHEAN CHUNG

Program Ceramah Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Indera Mahkota 15, malam tadi (01 Jan 2013) menampakkan satu permulaan yang baik memandangkan kawasan tersebut belum pernah lagi diadakan program ceramah.

Selain dari penceramah jemputan yang terdiri daripada Dato' Seri Abd Rahman Maidin (Bekas Pengerusi Persatuan Perniagaan Melayu Semenanjung), Pengerusi KEADILAN Pahang sendiri iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman, Cikgu Normala Sudirman (AJK Muslimat PAS Pusat) dan artis Dayangku Intan, tokoh muda iaitu Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota/Penyelaras Dun Semambu iaitu Sdr Lee Chean Chung juga turut menghangatkan suasana.

Kaum Cina juga benci judi, ugama kami juga haramkan judi - Chean Chung
Bagi memberikan laluan kepada penceramah jemputan yang hadir dari jauh, Sdr Lee Chean Chung tidak mengambil masa yang panjang untuk berceramah malam tadi.  Namun, sepanjang ucapan beliau penuh dengan isi dan semangat yang berkobar-kobar di mana isu mesin judi internet dan isu Lynas menjadi topik hangat beliau.

Pengerusi KEADILAN Pahang - Dato Fauzi Abd Rahman
Dato' Seri Abd Rahman Maidin
 "Kaum Cina juga menolak judi kerana judi juga diharamkan oleh agama kami, mungkin kaum Cina dari MCA atau gerakan sahaja yang suka kepada aktiviti perjudian ini," kata Lee Cean Chung penuh semangat sambil diberi tepukan gemuruh oleh orang ramai yang hadir.  "Judi merosakkan minda anak-anak dan cucu cicit kita, maka kami mencabar pihak berkuasa agar lebih tegas dan berani mengatasi gejala ini,". tambah beliau lagi.

Cikgu Normala dan Dayangku Intan menarik perhatian yang hadir
Sdr Lee Chean Chung juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes dan himpunan besar-besaran di kalangan rakyat yang menentang kegiatan judi haram ini.  Beliau mahu semua kaum dan agama berganding bahu untuk turun bersama menunjukkan bantahan ke atas aktiviti judi yang semakin berleluasa sekarang apabila tiba waktunya perhimpunan atau protes diadakan.

Kehadiran yang boleh dibanggakan.  Khemah penuh dan ramai yang berada di atas bukit dan tepi jalan
Jelas sekali, kaum Cina juga amat membenci judi dan isu judi juga sama seperti isu Lynas iaitu ianya bukanlah isu perkauman sempit.

No comments:

Post a Comment