NOTIS

/

Sunday, January 6, 2013

TIADA LAGI BANJIR NAMUN BANTUAN TERUS DIBERIKAN

Misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan dan Indera Mahkota masih diteruskan walaupun keadaan di kedua-dua kawasan ini semakin baik.  

Kelmarin, Penyelaras Dun Semambu Sdr Lee Chean Chung bersama skuad KEADILAN Indera Mahkota terus berkunjung dari rumah ke rumah bagi mencari mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Semambu yang teruk dilanda banjir baru-baru ini.

Rata-rata penduduk tempatan menyantuni rombongan dari KEADILAN ini, meskipun ada berlaku di mana seorang Ketua Kampong tidak bertindak bijak dan terlalu emosi cuba menghalang Skuad Bantuan ini dari terus menyampaikan bantuan.  Namun, tindakan tidak bermoral Ketua Kampong berkenaan tidak melemahkan semangat rombongan yang tiba untuk terus memberikan khidmat kepada rakyat.

Di samping mendengar rintihan penduduk yang mengalami kesukaran selepas dilanda banjir, Sdr Lee Chean Chung juga sempat mendengar aduan penduduk tentang masalah air yang berlarutan di sekitar kawasan ini.

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sewaktu kunjungan Skuad KEADILAN menemui mangsa-mangsa banjir kelmarin.

Ada yang bertindak emosi cuba menghalang Skuad Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir
Berkunjung dari satu rumah ke satu rumah mangsa banjir
Tanpa mengira kaum dan agama, bahkan kepartian, bantuan terus diberikan kepada mangsa-mangsa banjir


No comments:

Post a Comment