NOTIS

/

Monday, January 21, 2013

MENGAPA RAKYAT TOLAK UTUSAN?

Apabila mahkamah memberikan kemenangan kepada DS Anwar Ibrahim di dalam kes saman beliau terhadap akhbar Utusan seperti yang dilaporkan di SINI http://www.malaysiakini.com/news/219526 , maka jelas kepada kita bahawa sememangnya terdapat akhbar yang sanggup merosakkan minda rakyat demi untuk menjaga hati pemimpin-pemimpin politik.

Akhbar sepatutnya menjadikan rakyat negara ini berilmu dan bermaklumat serta mempunyai nilai atau tamaddun yang tinggi, bukannya untuk memperbodohkan rakyat.  Pengamal media sepatutnya sedar bahawa zaman telah berubah, rakyat terutamanya jenerasi muda sudah mempunyai media alternatif buat mereka khususnya media internet yang terlalu banyak untuk mereka mendapatkan berita yang tepat dan benar.  Strategi untuk meracuni pemikiran rakyat dengan berita fitnah hanya kerana untuk memuaskan nafsu beberapa pimpinan politik adalah satu strategi yang silap pada era sekarang.  Media yang masih mengamalkan cara kolot seperti ini akhirnya akan menjadi media atau komik kartun selaku penglibur lara dan menjadi bahan ketawa rakyat.

Justeru itu, akhbar yang ketinggalan seperti ini jangan persalahkan orang lain jika akhbar mereka dijadikan sebagai kertas atau tisu ditandas sahaja kerana berita yang mereka siarkan itu setaraf dengan kebusukan dan kejelekan di dalam tandas.

Rakyat yang bertamaddun dan berilmu tidak selera untuk menatap media murahan seperti ini walaupun diberi percuma.  Maka tidak pelik akhbar Utusan pernah ditolak oleh sebuah sekolah Cina di Kuantan ini kerana pihak sekolah tidak mahu anak-anak murid mereka menjadi jumud dan bodoh apabila menjadikan akhbar ini sebagai pemberi maklumat kepada mereka.

No comments:

Post a Comment