NOTIS

/

Friday, January 18, 2013

KEADAAN JALAN YANG MERBAHAYA DI INDERA MAHKOTA

Beberapa kawasan di Indera Mahkota, khususnya di Lorong 1/33 seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa.  Kunjungan Tim dari Pusat Khidmat Dun Semambu diketuai oleh Sdr Lee Chean Chung selaku Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang juga berperanan sebagai Penyelaras Dun Semambu memperlihatkan aduan rakyat di sekitar kawasan perumahan tersebut tidak diendahkan.

Mendengar aduan penduduk
Penutup lubang perparitan yang telah rosak membahayakan orang ramai
Difahamkan masyarakat di kawasan berkenaan telah pun membuat aduan kepada pimpinan MCA di kawasan tersebut, malangnya tiada tindakan susulan selepas itu sehinggakan Pihak Berkuasa seolah-olah melepaskan tangan bagi mengatasi beberapa masalah di kawasan tersebut.

Di antara beberapa masalah yang telah dikenalpasti adalah masalah jalan yang teruk, berlubang-lubang, penutup longkang yang rosak dan merbahaya, saluran parit tersumbat dan berbagai-bagai lagi aduan telah diterima oleh Tim yang mengadakan lawatan.

Sdr Lee Chean Chung akhirnya mengambil tindakan susulan dengan membawa permasalahan tersebut ke pihak berkenaan.  Adalah diharapkan Pihak Berkuasa akan dapat bertindak segera sebelum berlaku apa-apa kemalangan di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment