Rakyat Pahang khususnya diminta untuk turun beramai-ramai ke Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 (Sabtu) ini untuk bersama-sama rakyat seluruh negara menunjukkan perpaduan kita bagi menentang segala bentuk kezaliman rejim Bn sekarang ini.
Tuntutan 8 perkara yang terkandung di dalam tuntutan BERSIH nampaknya dipandang sepi oleh SPR kerana SPR berada di bawah telunjuk Sang Penguasa. Isu Lynas berterusan mencengkam perasaan rakyat di dalam masa yang sama pemimpin Bn berterusan melakukan pembaziran, penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Rakyat terus dihimpit kesusahan meskipun cuba disuap setiap kali rakyat 'lapar'. Amalan 'menyuap' ke mulut setiap rakyat adalah amalan kerajaan yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk mempertahankan kuasa.
Kini, terpulanglah kepada rakyat samada sangup diberi makan seperti memberi makan ayam daging di dalam reban. Cukup tempoh, ayam ini akan disembelih untuk mereka makan. Marilah kita menuju perubahan. Bermula di Stadium Merdeka cahaya perubahan akan dimulakan oleh sejuta rakyat yang berani.
Ayuh, warga Kuantan dan Indera Mahkota adalah warga yang berilmu dan berani. Kita turun ke KL Sabtu ini jika kita benci dan jijik dengan Lynas.
No comments:
Post a Comment