Entah sejak bila, ugutan bahawa “tragedi 13 Mei 1969 mungkin berulang seandainya Melayu hilang kuasa” telah menjadi jenaka. Hampir semua yang celik politik menahan gelak kerana tahu rahsia telur siapakah di hujung tanduk lembu kali ini. Adegan 709 (BERSIH 2.0) yang menyaksikan bagaimana orang Melayu membentengkan diri, dan kemudian meminta orang Cina melarikan diri dahulu sebelum FRU tiba – membuka lembaran baru dalam sejarah.
13 Mei hanya menunggu masa untuk diumumkan sebagai Hari Perpaduan Kaum satu hari nanti apabila terkuburnya UMNO-Barisan Nasional. Namun saya tertarik juga dengan perkataan “pelarian” yang digunakan Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapannya selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada 28 November. ”Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian di bumi sendiri.”
Menarik kerana saya pernah membaca catatan seorang peserta perhimpunan Bersih 3.0, yang menyifatkan diri sebagai “pelarian di bumi sendiri”, ketika mengisahkan pengalamannya dikejar FRU dengan bedilan gas pemedih mata. Kebetulan juga saya ternampak satu gambar dalam Facebook, yang amat menyentuh hati. Gambar gabungan itu merakamkan beberapa peserta Green Walk dari Kuantan ke Kuala Lumpur, yang bermalam di ‘Dataran Tak Merdeka’.

Berkatilkan jalan tar
Mereka tidur berkatilkan jalan tar dan berbumbungkan langit. Peserta dengan kaki yang hampir “hangus” dijemur dan bergeser atas jalan raya sejauh 300 km, budak dengan wajah yang keletihan – kesemua mereka berbaring di luar sekatan jalan dengan papan tanda yang tersergam, yang bertulis, “Kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti”.
Dataran Merdeka ditutup untuk puluhan rakyat yang sanggup berjalan kaki 300 kilometer bagi mempertahankan tanahair mereka daripada kemasukan Lynas, kilang pemprosesan nadir bumi yang bakal menghasilkan sisa buangan beradioaktif. Faktanya jelas, hanya 350-400 pekerja yang akan diupah untuk kilang Lynas di Kuantan. Sesebuah hypermarket seperti TESCO misalnya, mampu menawarkan 375 peluang pekerjaan.
Lebih menarik, Lynas menikmati insentif pengecualian cukai korporat selama 12 tahun. Stamp duty untuk pembelian tanah di Gebeng turut dikecualikan. Malah, Lynas memperolehi dana yang tidak melebihi RM1.2 juta untuk tiga tahun, sebagai tabung latihan pekerja Malaysia. Wong Tack tetap tajam biarpun mengeluh, “Malaysia bukan negara yang miskin sangat. Negara kita dilimpahi sumber alam semulajadi yang lumayan, tiada yang kebuluran. Apa perlunya kita menjadikan negara ini tong sampah kepada racun yang mengancam alam sekitar?”
Tong sampah radioaktif
Tong sampah radioaktif
Tidak masuk akal seandainya sesebuah negara pengeluar petroleum yang kaya perlu menjadikan tanahairnya sebagai tong sampah sisa radioaktif semata-mata untuk menarik “pelaburan asing”. Pelaburan ini langsung tidak meningkatkan kemahiran buruh, mahupun teknologi. Yang ditinggalkan hanya sisa beradioaktif yang mengancam kesihatan lebih 500 ribu populasi manusia di sekitar Gebeng.
Apakah kita perlu mengisahkan panjang lebar tentang bahayanya nadir bumi? Tatkala rombongan Wong Tack masih dalam perjalanannya ke parlimen, 100 kontena nadir bumi telah tiba di pelabuhan Kuantan, diiringi polis ketika dihantar ke kilang Lynas. Warga internet tertanya-tanya, polis akan menangkap pengedar dadah kerana dadah beracun; tetapi mengapa melindungi pula nadir bumi yang bakal diproses dan meninggalkan sisa beracun?
Malah, aktivis sosial Wong Chin Huat mempertikaikan, persoalannya bukan sama ada kilang Lynas lebih selamat berbanding Asian Rare Earth Plant di Bukit Merah pada tahun 1980-an, atau kilang pemprosesan nadir bumi di China, tetapi apakah kilang Lynas cukup selamat untuk dibina di Australia? Mengapa bukan di Australia?
Jikalau jawapannya ya, mengapa pula Lynas sanggup mencari tapak kilangnya di Kuantan dan bukan di Australia? Apa perlunya Lynas mengharungi perjalanan darat (landasan keretapi dan jalan raya) sejauh 1,000 kilometer dan jarak laut sejauh 4,000 kilometer setiap minggu, untuk menghantar bijih lombongnya ke Malaysia – selama 20 tahun berturut-turut?
Jikalau jawapannya tidak, apakah Lynas cukup selamat untuk Malaysia, atau apakah nilai nyawa di bumi ini lebih rendah berbanding Australia? Malaysia memiliki stadium yang runtuh, lebuh raya yang retak tanpa gempa bumi; bumbung parlimen dan mahkamah yang bocor meskipun baru siap dibina.
Apakah kita benar yakin bahawa sisa radioaktif yang diukur isipadunya dengan ratusan unit kolam renang, tidak akan terbocor untuk mencemarkan tanahair ini? Kita menolak penjajahan pada abab ke-20 kerana sumber bahan mentah, tenaga kerja tempatan diperas untuk keuntungan penjajah asing. Namun penjajahan boleh berlaku dengan pendekatan berbeza pada alaf ke-21 ini.
“Negara maju” memunggah bahan mentah untuk diproses di luar sempadannya, kemudian menggunakan hasil pemprosesan untuk meningkatkan kecanggihan teknologi di negaranya. Segala sisa yang terhasil dicampak ke negara lain, dengan hanya menyogok kerajaannya atas nama “You help me, I help you”.
Akhirnya rakyat tempatan dikejar bagai pelarian apabila bangkit memprotes. Rakyat yang berjalan kaki sebagai protes tidur berselerak di luar sempadan Dataran Merdeka meskipun sudah 55 tahun merdeka. Siapakah agen penjajah yang sebenar? Telur di hujung tanduk pecah bila jawapannya diketahui./KD

No comments:
Post a Comment