NOTIS

/

Friday, May 17, 2013

ADUN SEMAMBU TERUS BEKERJA WALAUPUN ADA PIHAK YANG INGIN AMBIL KESEMPATAN

Lebih kurang dua minggu, Sdr Lee Chean Chung bergelar Yang Berhormat Adun Semambu (masih belum mengangkat Sumpah), beliau tidak pernah berhenti berehat dari melakukan tugas-tugas membantu masyarakat sepertimana sewaktu beliau berkempen sebelum PRU 13 baru-baru ini.

Setiap hari, ada sahaja tugas yang beliau lakukan di luar pejabat kerana komitmen beliau adalah untuk menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh para pengundi yang telah memilih beliau sebagai Wakil Rakyat di Semambu.  Justeru itu, beliau tidak mempunyai masa untuk berehat jauh sekali untuk bercuti atau 'bermulan madu' meraikan kemenangan cemerlang yang beliau perolehi baru-baru ini.

Meninjau kawasan perkampungan semambu, pokok2 yg dicantas di Lrg Semambu Baru 23 tdk dibersihkan. "Saya akan laporkan kpd pihak berkuasa" - YB Chean Chung

Tidak dapat dinafikan kadangkala aduan yang diterima dari beberapa orang adalah masalah yang remeh namun beliau tidak pernah menghampakan aduan orang ramai.  Sewajarnya orang ramai tidak mengambil kesempatan di atas kerajinan YB Lee Chean Chung, mereka sepatutnya tahu di peringkat manakah masalah yang boleh diadukan kepada Adun mereka.  Amat tidak baik sekiranya mereka ingin 'menekan' atau 'menguji' keikhlasan Wakil Rakyat mereka dengan mengemukakan masalah yang remeh yang sepatutnya mereka sendiri mempunyai keupayaan untuk mengatasinya.

Terdapat juga beberapa orang khususnya di kalangan ahli-ahli Umno/Bn yang sengaja mahu menguji Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat ini untuk mereka mencari kelemahan beliau.  Sikap begini amat tidak baik sekali kerana sepatutnya mereka beruntung memiliki Wakil Rakyat yang tidak memilih bulu untuk membantu masyarakat.

No comments:

Post a Comment