NOTIS

/

Wednesday, May 29, 2013

PENIPUAN DAKWAT KEKAL, LAPOR POLIS SEGERA (FORMAT LAPORAN)

Lapor penipuan PRU 13, serah salinan ke ibu pejabat KEADILAN

KUALA LUMPUR 29 MEI: Rakyat Malaysia diseru membuat laporan polis berhubung penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan menyerahkan salinannya ke ibu pejabat KEADILAN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Ayuh ajak rakan-rakan dan ahli keluarga yang masih belum buat laporan. Masih ada masa. Laporan polis ini akan memperkuatkan lagi petisyen pilihanraya di mahkamah nanti,” katanya dalam laman facebook.
 

“Mereka silap. Usah dinafikan suara majoriti. Ribuan salinan laporan polis telah kami diterima. Rakyat tampil ke hadapan dengan berani menolak penipuan PRU13,” tambah Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau turut menyiarkan format laporan polis dilaman Facebook untuk dirujuk dan menggalakkan orang ramai supaya menghantar salinannya ke siasatpru13@gmail.com atau faks ke talian 03-78850531.

Orang ramai juga boleh menghantar salinan laporan mereka melalui pos ke Ibu Pejabat KEADILAN di alamat A-1-9 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Format laporan adalah seperti berikut:

Saya [NAMA PENUH], No Kad Pengenalan, [NO KAD PENGENALAN] telah mengundi pada PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi [NAMA DAERAH MENGUNDI], Parlimen [NAMA PARLIMEN] pada jam [JAM PAGI/PETANG]. Saya dapati dakwat itu tanggal sepenuhnya dari jari saya dalam tempoh 5 hari selepas dakwat itu dicalit.

Saya membuat lapoan ini untuk menyatakan dakwat itu tidak kekal. Ini bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang menyatakan dakwat itu kekal seperti peruntukan Undang-Undang Pilihanraya.

Ini adalah satu penipuan yang jelas oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sekian, terima kasih.

Rafizi yang mengetuai pasukan ‘Siasat PRU13′ kini dalam proses mengumpul bukti penipuan pilhan raya umum ke-13 di seluruh negara dan akan memfailkan petisyen pada 10 Jun, dua hari sebelum berakhirnya tempoh bantahan.
 
 

Antaranya jumlah undi dalam peti undi melebihi kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan bekalan elektrik terputus di Pusat Kiraan Undi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah.

KEADILAN akan memfailkan petisyen minggu depan bagi mencabar keputusan PRU-13 di 29 kerusi Parlimen berhubung kepincangan yang berlaku dalam proses pengundian.

“SPR sehingga kini masih gagal menjawab isu blackout. Sewajarnya tampil mohon maaf, akui kesilapan dan adakan siasatan menyeluruh. Mohon kawan-kawan bantu sebarkan penipuan PRU-13 dan pembohongan mereka,” kata Rafizi./SK

No comments:

Post a Comment