Adun Semambu, YB Lee Chean Chung malam tadi (20/5/13) meluangkan masa untuk memberikan sokongan moral kepada Solidariti anak-anak muda Kuantan yang telah turun di dalam Program "Flashmop" Bebaskan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan kerana kononnya menghasut rakyat turun ke jalanraya.
Wakil KOBAT, WFauzdin turut berucap |
YB Lee Chean Chung, Adun Semambu memberikan ucapan ringkas |
Program malam tadi telah diadakan di Taman Kerang, Kuantan yang mana rata-rata yang hadir adalah anak-anak muda dari berbilang kaum. Mereka menyalakan lilin tanda dukacita, sedih dan marah dengan kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Adam Adli. Kita tahu ramai lagi tokoh-tokoh NGO, pimpinan politik dari pihak sana yang sering memainkan isu-isu sensitif dan perkauman, bahkan media milik Umno juga turut sama menghangatkan isu-isu sensitif ini, namun mereka tidak dikenakan sebarang tindakan seperti yang telah terjadi kepada Adam Adli.
Sewajarnya anak-anak muda bangkit untuk menegakkan keadilan. YB Lee Chean Chung juga turut diberi kesempatan untuk berucap. "Saya tampil di sini bukan sebagai YB, tetapi sebagai anak muda yang bersama dengan tuan-tuan untuk memperjuangkan keadilan dan menghapuskan kezaliman di bumi Malaysia ini", ujar beliau.
Wakil anak muda, adik Zamri Zanal berucap |
Beliau mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda yang berani bangkit menyatakan hak mereka. Pakatan Rakyat sentiasa berdiri bersama anak-anak muda seperti ini.
No comments:
Post a Comment