NOTIS

/

Monday, May 6, 2013

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA - LEE CHEAN CHUNG

Sdr Lee Chean Chung, calon Kerusi Dun Semambu dari KEADILAN yang baru sahaja memenangi Kerusi Dun Semambu di dalam PRU 13 baru-baru ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, samada individu mahu pun kumpulan petugas atau para penyokongnya yang telah bekerja keras membantu beliau sepanjang kempen PRU 13 baru-baru ini.



Beliau percaya tanpa sokongan kuat dari mereka, mustahil beliau mampu memenangi Kerusi Dun Semambu memandangkan Kerusi tersebut sebelum ini disandang oleh tokoh hebat dari MCA yang mendapat bantuan dari seluruh jentera Bn yang amat kuat.  Namun komitmen serta semangat dan kesabaran yang tinggi dari semua penyokong beliau, KEADILAN berjaya merampas Kerusi tersebut.  Sumbangan dan kerjasama yang amat baik dari rakan-rakan Pakatan Rakyat juga banyak menyumbang kemenangan bersama ini.

Beliau juga memohon ribuan kemaafan seandainya sepanjang kempen dijalankan terdapat sebarang kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan dari beliau, petugas dan para penyokong.  Beliau berjanji akan melaksanakan segala janji yang telah dibuat di samping sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab selaku Wakil Rakyat di sini dengan sebaik mungkin.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan agar beliau mampu melaksanakan amanah yang besar ini. 

No comments:

Post a Comment