NOTIS

/

Friday, May 3, 2013

PENGUNDI DUN SEMAMBU MENOLAK SENTIMEN PERKAUMAN

Pada PRU 12 yang lalu, Dun Semambu telah dimenangi oleh calon dari MCA (BN), Datuk Pang Tsu Ming dengan majoriti hanya 2, 136 sahaja.  Kali ini, PKR meletakkan calon muda dan juga seorang aktivis yang kuat berjuang di dalam isu Lynas khususnya iaitu Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota untuk berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru.


Pada 05 Mei ini, calon PKR tersebut akan berhadapan dengan penyandang kerusi Dun Semambu, Datuk Pang Tsu Ming dan seorang calon Bebas, Blogger Cucu Mat Kilau (CMK), Mohd Shukri Mohd Ramli.  Saingan kali ini hebat di mana Dun Semambu memperlihatkan lebih kurang 56 % adalah pengundi-pengundi Melayu dan hanya lebih kurang 33% adalah kaum Cina, selebihnya adalah kaum India dan lain-lain.  Pemerhati melihat kemasukan calon Bebas hanyalah untuk mengambil kesempatan di atas majoriti kaum Melayu di kawasan ini.

Berucap di Padang Kemunting di hadapan lebih 20 Ribu yang hadir

Masyarakat di Dun Semambu mengenali Sdr Lee Chean Chung sebagai aktivis yang sentiasa bersikap tenang dan 'cool' di dalam apa jua keadaan tetapi amat sensitif dengan permasalahan rakyat di sini.  Buktinya, beliau adalah di antara pelopor yang memainkan peranan penting untuk menjayakan kempen berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi menunjukkan bantahan terhadap kewujudan Kilang Lynas di Gebeng.


Mesra rakyat berbilang kaum
Sikap calon PKR bagi Dun Semambu ini yang sentiasa menghormati tradisi kaum-kaum Melayu dan India di sini menjadikan beliau sentiasa mudah untuk didampingi.  Beliau juga sentiasa mengambil berat permasalahan penduduk di kawasan ini walaupun masalah-masalah itu dianggap remeh seperti masalah longkang tersumbat, jalan berlubang dan sebagainya.  Prinsip beliau yang tidak meremehkan masalah penduduk amat wajar diletakkan sebagai calon pilihan ke Dun Pahang selepas 05 Mei nanti.

Atas sikap beliau yang sentiasa komited dengan perjuangan parti dan kebajikan rakyat, maka tidak hairanlah beliau kini menjadi anak muda harapan kepada Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga calon Parlimen Indera Mahkota untuk bersama beliau berbakti kepada rakyat.

Kempen calon Bebas yang lebih memperlihatkan isu perkauman cuba dibawa akan ditolak oleh rakyat di kawasan ini kerana rakyat semakin bijak menilai di antara sentimen perkauman dengan dasar atau prinsip parti.  Dasar Pakatan Rakyat samasekali menolak sentimen perkauman jauh sekali untuk menjadikan agama sebagai bahan kepentingan peribadi.  Pakatan Rakyat menjunjung Semangat Perlembagaan Negara yang memelihara kepentingan agama Islam dan Melayu, di samping agama-agama dan kaum lain terpelihara.

Sehubungan itu, bersamalah kita menyokong calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Sdr Lee Chean Chung di Dun Semambu, sekaligus mengangkat Pakatan Rakyat memenangi kesemua kerusi Parlimen dan Dun khususnya di Indera Mahkota.  INI KALI LAH !!

 

No comments:

Post a Comment